[Tip Penerbit Baru]: Promosikan Kempen CPUC Dahulu

Adakah anda baru mendaftar sebagai Penerbit dengan Involve tetapi keliru bagaimana nak mula? Ataupun, anda sudah lama mempromosikan kempen tetapi susah untuk mendapatkan jualan online?
Jangan risau, kami akan memberi tahu anda cara yang paling SENANG dan CEPAT untuk membuat duit online dengan Involve!
Terdapat 2 cara anda boleh membuat duit melalui Affiliate Marketing:
1. Komisi apabila anda menjana jualan online (kempen CPS) – paling lazim
2. Komisi untuk setiap klik unik (kempen CPUC)
Jika anda Penerbit baru dan tidak mempunyai ramai pengikut online, agak susah untuk menjana pendapatan melalui kempen CPS kerana anda hanya boleh mendapat komisi jika dapat menjana penjualan online.
Untuk Penerbit baru, kami menyarankan anda untuk memulakan perjalanan Affiliate Marketing anda dengan mempromosikan kempen CPUC.

Apakah itu Kempen CPUC?

Kempen CPUC (Cost Per Unique Click) akan membayar anda untuk setiap klik unik yang anda dapat.
Pembayaran untuk setiap klik akan bergantung kepada Pengiklan dan jenis promosi, tetapi anda boleh jangka pembayaran didalam lingkungan RM 0.11 ke RM 0.25 untuk setiap klik unik!

Kenapa Kempen CPUC Sesuai untuk Newbies?

Tidak seperti kempen CPS, dimana anda hanya dapat komisi jika terdapat jualan online, kempen CPUC akan membayar anda untuk mendapatkan klik sahaja.
Mendapatkan klik jauh lebih mudah jika dibandingkan dengan mendapatkan jualan online. Oleh itu, untuk newbie didalam bidang Affiliate Marketing, kami sarankan anda fokus untuk mempromosikan kempen CPUC dahulu.

Bagaimana Nak Cari Kempen CPUC?

Terdapat 2 cara untuk anda mencari kempen CPUC yang memberikan anda bayaran yang lumayan:
1. Pada Publisher dashboard anda
2. Semasa program marketing bulanan seperti MAD
Saya akan mula terangkan bagaimana anda boleh mencari kempen CPUC cara pertama diatas:
Mencari Kempen CPUC: Melalui Publisher Dashboard Anda 
LANGKAH 1: Log in pada Publisher dashboard anda. Tekan sini.

LANGKAH 2: Setelah anda log in, tekan pada kotak carian dan taip ‘CPUC’. Kempen-kempen CPUC akan terpapar dibawah kotak carian:

‘Apply’ dan promosikan kempen-kempen CPUC untuk meraih pendapatan untuk setiap klik unik!
Mencari Kempen CPUP: Dari Program Pasaran Bulanan
Perhatikan program pasaran bulanan yang dianjurkan oleh Involve, dimana bayaran kempen CPUC dinaikkan sehingga 3x ganda berbanding CPUC biasa! (contoh; RM 0.07 ke RM 0.25) untuk setiap klik unik.
Program pemasaran bulanan yang kebiasaannya mempunyai kempen CPUC tambahan adalah:
  • Mega Affiliate Days (MAD 9.9, 10.10, 11.11 & 12.12)
  • Black Friday & Cyber Monday
  • Xmas
  • Chinese New Years
  • Hari Raya, etc.
Mari kita lihat kempen-kempen CPUC pada program MAD 11.11 yang lepas:

Pada gambar diatas, anda dapat melihat bukan sahaja terdapat kempen CPUC, malah kempen kombinasi bonus CPUC + CPS. Combo menarik seperti ini hanya boleh didapati pada program MAD anjuran Involve.

Konklusi

Sebagai seorang penerbit baru, kempen-kempen CPUC sepatutnya menjadi fokus anda, kerana ia adalah kempen yang paling senang dan cepat untuk membuat duit secara online.
Malangnya, kempen CPUC tidah banyak dan cepat habis (bajet Pengiklan habis), tetapi dengan mendaftar sebagai Penerbit dengan Involve, anda boleh mengakses kempen-kempen CPUC terbaik untuk niche dan negara anda.
Program MAD yang seterusnya adalah MAD 12.12 yang akan berlangsung pada 7 hingga 12 Disember 2020. Dengan 250,000 jumlah klik yang dijana pada program MAD 11.11 yang lepas, anda pasti boleh mendapat pendapatan yang lumayan pada program MAD 12.12!
Tekan butang dibawah untuk mendapatkan info lanjutan untuk program MAD 12.12 (hari registrasi bermula pada 7 Disember 2020):
Mega Affiliate Days