Pada April 2022, Anna telah meningkatkan pendapatan atas talian beratus-ratus ringgit dengan mempromosikan Involve Asia Referral Program. Ia merupakan tambahan kepada konversi Anna yang sebelum ini.
Dalam artikel ini, kita akan lihat bagaimana Anna melakukannya dengan baik dan belajar bagaimana cara untuk meningkatkan pendapatan affiliate anda.
Mari kita mulakan:
Cara Anna Mendapat 80,000+ Pengikut
Konten – konten Anna dihasilkan khas bagi remaja berusia 20 tahun yang berminat untuk memulakan perniagaan online dan juga membeli-belah secara online.
Anna juga menghasilkan konten yang berkait rapat dengan pengikutnya dalam Bahasa Melayu. Dalam setiap konten Anna, beliau memastikan ianya ringkas dan bermanfaat kepada pengikutnya.
Oleh kerana konten beliau yang berguna dan menarik, Anna berjaya mendapatkan lebih 5,000+ pengikut di Twitter & lebih 80,000+ pengikut di TikTok!
Semestinya kita semua mahukan pengikut yang ramai seperti Anna! Mari kita lihat bagaimana Anna berjaya peroleh jumlah pengikut setia yang menakjubkan:
Bagaimana Anna Menggunakan TikTok untuk Mencapai Audiens Sasarannya

Pada tahun 2020, Anna mula aktif menggunakan TikTok untuk mempromosikan perniagaan kecil selain daripada Shopee & Lazada, terutama kepada mereka yang bergelut dari segi kewangan semasa pandemik. Anna mempromosikan perniagaan yang menjual barangan seperti phone case, tudung, minyak wangi dan serum rambut. Barangan ini merupakan barangan yang relevan pada pengikutnya.
Kesan inisiatif baik dan prihatin Anna, beliau berjaya meperoleh ramai pengikut yang mempunyai perniagaan kecil dan juga individu yang ingin membantu peniaga – peniaga kecil. Ini adalah inisiatif Anna membantu peniaga kecil di TikTok beliau:

Anna mengemas kini profil TikTok bagi memudahkan pengikut baru ataupun pengguna yang melawat profil beliau tentang konten yang Anna sering hasilkan.
Untuk menarik pengikut baru, Anna menggunakan efek-efek menarik di TikTok seperti filter, audio trending dan juga hashtag pada konten beliau.
“Tidak dinafikan saya juga bergelut dalam menghasilkan konten, terutamanya dengan memahami algoritma TikTok tetapi saya belajar banyak dari semua itu,” Anna menganggap itu semua sebahagian daripada kerja harian sebagai seorang Content Creator.
Selain mempromosikan perniagaan kecil bagi mendapatkan lebih ramai lagi pengikut, Anna juga membuat konten tentang melancong dan gaya hidup. Vlog Anna tentang Menara Berkembar Petronas, merupakan salah satu video yang mendapat perhatian tinggi daripada pengguna TikTok.

Anna Menggunakan Twitter untuk Membantu Peniaga – Peniaga Kecil
Seperti Anna, ramai pengikut beliau di Twitter dan TikTok tertanya – tanya cara menghasilkan duit secara online, terutamanya bagi peniaga kecil.

Antara konten Anna yang membantu peniaga kecil yang lain adalah, cara mencetak pelekat penghantaran, membungkus pesanan dan menghantar item untuk dijual dalam talian.
Konten Anna yang menarik di Twitter & TikTok membuatkan Anna memperoleh lebih ramai pengikut berminat dengan rekomendasi produk dari Anna dan ingin mengetahui cara menghasilkan wang secara online.
Kerana konten Anna, salah seorang pengikut setia Anna telah mengesyorkan beliau menyertai Involve untuk mendapatkan komisen affiliasi.
Minat untuk mendapatkan komisen affiliasi telah membuatkan Anna memulakan perjalan sebagai seorang Affiliate Marketer di Involve.
Bagaimana Anna Mula Menjana Pendapatan dengan Involve
Selepas mendaftar dengan Involve, beliau meneliti kempen yang tersedia pada halaman utama.
Anna melihat Offer Page jenama yang tersedia untuk maklumat lanjut, seperti tempoh kempen, struktur komisen, terma dan syarat kempen sebelum mula promosikan pada konten beliau.
Terdapat lebih dari satu cara untuk menjana pendapatan dengan Involve. Model komisen yang digemari Partners adalah Cost per Sale (CPS) iaitu terima komisen bagi setiap jualan yang berjaya.
Anna mendapat komisen CPS dengan mempromosikan produk kecantikan, fesyen dan barangan rumah & gaya hidup dari Shopee dan Watsons.
Pada awal April 2022, beliau memuat naik video TikTok mengenai keyboard yang telah dibeli Anna. Anna meletakkan link affiliasi Involve pada video tersebut untuk memudahakan pengikut membeli di Shopee.

Involve juga mempunyai Kempen Click Offers di mana anda boleh terima komisen untuk setiap klik unik pada link affiliasi Involve anda.
Ini adalah cara dan contoh bagaimana Anna mempromosikan kempen tersebut di laman Twitter beliau dan Anna mendapat komisen untuk setiap klik unik:

Anna memantau prestasi klik dan konversinya di Performance Report dan Conversion Report yang ada di halaman Partner Involve.
Bagi meningkatkan lagi klik dan konversi beliau, Anna mencari pelbagai jenis Offer yang sesuai untuk dipromosikan di TikTok dan Twitter dan Anna menjumpai Involve Referral Program yang ada di halaman utama.
Cara Anna Memperoleh Pendapatan daripada Involve Referral Program
Anna mengetahui bahawa Involve Asia Referral Program memberi ganjaran kepada referer & pendaftar baharu, jadi ia merupakan Offer yang sangat menarik untuk dipromosikan.
Anna berpendapat bahawa Offer ini amat sesuai untuk beliau kerana beliau mempunyai pengikut setia yang berminat dalam menjana wang secara online. Ini sekaligus dapat membantu pengikut beliau untuk menjana wang secara atas talian.
Berikut adalah bagaimana Anna mempromosikan Involve pada Twitternya:

Anna membuat bebenang di Twitter menngenai Involve Asia yang dapat membantu ramai orang menjana wang secara online dengan menekankan empat perkara ini:
- Cara menggunakan Involve dalam Affiliate Marketing
- Cara untuk mempromosikan jenama dan mendapatkan wang dalam Affiliate Marketing
- Cara untuk mendaftar dengan Involve
- Pengalaman Anna dalam melakukan Affiliate Marketing dengan Involve


Bebenang Twitternya tular (7.4K retweet, lebih daripada 23K like dan 100 komen) kerana pengikutnya ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Involve dan cara memperoleh wang secara talian melalui Affiliate Marketing.


“Bebenang Twitter saya telah ditweet semula berkali-kali dan memperoleh banyak klik pada link affiliasi saya untuk mendaftar sebagai Partner di Involve,” tambah Anna.
Beliau juga meluangkan masa untuk menjawab pertanyaan pengikut-pengikutnya mengenai menjana wang secara online dan pendaftaran sebagai Partner di Involve.

Bebenang Twitter Anna telah membuatkan 1,500 orang mendaftar sebagai Partner di Involve selepas klik pada link affiliasi Anna untuk Involve Asia Referral Porgram.
Lebih daripada 2.9K konversi telah dibuat dalam masa dua hari, dan sekaligus menyumbang RM500 (termasuk bonus) pada akaun Partner Anna!
Tindakan Anna adalah sangat hebat dan memberi inspirasi, terutamanya pada golongan muda seperti Anna. Anda pun boleh jadi seperti Anna. Berikut adalah ringkasan daripada kejayaan Anna:
Kejayaan Anna sebagai Affiliate Marketer di Involve
- Menggunakan konten dengan bahasa tempatan (seperti Bahasa Melayu dan Bahasa Cina) bagi menarik minat pengikut
- Menghasilkan konten ringkas yang membantu dan bermanfaat
- Pilih produk yang popular bagi menarik minat pengikut untuk membeli melalui link affiliasi
- Kongsi masalah harian dan cara penyelesaiannya di media sosial seperti TikTok dan Twitter
- Meluangkan masa untuk membantu masalah yang dihadapi pengikut
Anda bersedia untuk mula mempromosikan jenama kegemaran anda dan memperoleh pendapatan seperti Anna? Daftar sebagai Partner Involve di sini.
Sudah mendaftar dan memperoleh pendapatan dari Involve? Klik di bawah untuk mengetahui Involve Asia Referral Program dengan lebih lanjut dan mengajak pengikut anda untuk menyertai Involve dan dapatkan bonus.