Hai Content Creators!
Adakah anda mempunyai pengikut (followers) di laman Facebook, Instagram, TikTok atau YouTube?
Tahukah anda boleh membuat duit dengan followers anda menggunakan Affiliate Marketing?
Affiliate Marketing adalah proses menjana komisyen dengan mempromosikan produk atau servis orang lain kepada pengikut anda secara online.
Anda boleh memulakan perjalanan Affiliate Marketing anda dengan Involve. Involve merupakan rangkaian Affiliate Marketing terbesar di Asia Tenggara dengan lebih dari 1,500 jenama untuk anda promosikan.
Artikel ini akan menerangkan langkah demi langkah cara untuk anda daftar sebagai seorang Penerbit (Publisher) dengan Involve:
Langkah 1: Daftar Akaun Affiliate Bersama Involve
Pergi ke halaman Penerbit Involve dan klik ‘Join as Partner’:

Langkah 2: Isikan Property Information Anda
Anda akan dibawa ke laman Property Information. Property di sini merujuk kepada laman web anda yang mempunyai pengikut mahupun penonton. Sebagai contoh, saluran YouTube, profil Facebook, Instagram, Blog dan website.
Lihat jadual di bawah untuk definisi bagi setiap term pada setiap bahagian
Keperluan | Maksud | Contoh |
---|---|---|
Property URL | URL kepada laman web atau profil media sosial anda |
|
Channel | Bagaimanakah anda mendapatkan perhatian penonton atau pengikut anda? |
|
What is your property about? | Ringkasan tentang profil atau laman anda | Saya seorang YouTuber yang membuat review peranti dengan 1 juta pengikut. |
Langkah 3: Isikan Property Categorization Anda
Langkah seterusnya adalah mengisi kandungan Property Categorization:
Bahagian ini adalah untuk mengisi maklumat property anda supaya Pengiklan (Advertiser) dapat mencari anda:

Lihat jadual dibawah untuk penjelasan lebih terperinci untuk setiap kotak pada langkah ‘Property Categorization’ :
Keperluan | Maksud | Contoh |
---|---|---|
Type of advertisers | Apakah cara yang anda gunakan untuk menjana wang melalui Affiliate Marketing?
Tip: Jika anda tidak tahu untuk pilih yang mana, boleh pilih – Pay Per Lead |
|
Property Category | Topik atau niche property anda |
|
Traffic Acquisition Method | Bagaimanakah anda mendapatkan orang untuk mengunjungi property anda?
Tip: Terdapat beberapa pilihan tetapi kami mengesyorkan anda untuk memilih Lead Generation. |
|
Advertisement Format | Bagaimana anda bercadang untuk mempromosikan link Affiliate atau content yang mengandungi Affiliate link anda?
Tip: Jika anda seorang Blogger maka Text links, Product sponsorship atau Homepage Banner adalah pilihan yang sesuai. Product sponsorship, Youtube Channel, Facebook Page & Twitter Post adalah sesuai untuk seorang Influencer dan Content Creator |
|
Langkah 4: Nyatakan Premium Inventory Anda
Premium Inventory membolehkan anda untuk mengongsikan pakej pengiklanan (rate card) anda kepada Pengiklan.
Tip: Jika anda tidak tahu apa itu rate card, pilih ‘No’ dan teruskan ke langkah 5.
Langkah 5: Isikan Maklumat Peribadi Anda
Dalam bahagian ini, anda perlu memberikan beberapa maklumat peribadi anda, seperti nama syarikat, emel, nama dan kata laluan.

Sebelum anda klik ‘Submit’, anda perlu tik kotak Terma & Syarat.
Kemudian, anda perlu menunggu akaun Penerbit anda disahkan oleh kami. Ini boleh mengambil masa 2 ke 3 hari bekerja.
Apabila akaun anda telah disahkan, anda akan menerima emel dari Involve.
Tahniah! anda sudah berdaftar sebagai Penerbit dengan Involve! Saya berharap tutorial ini bermanfaat kepada anda.
Klik link di bawah untuk memulakan pendaftaran anda sebagai Partner: