Featured Image - BM - How to Make Money as an Online Gamer

Cara Untuk Buat Duit Sebagai Online Gamer

Table of Contents

Adakah anda suka bermain game secara online? Jom jadikan hobi anda sebagai pendapatan sampingan.

Berikut adalah beberapa cara untuk jadikan hobi anda menjadi sumber pendapatan:

Jadi Game Streamer

Ramai gamers buat duit dengan menjadi gaming streamer, sama ada dengan menggunakan telefon atau komputer.

Di sini ada 3 cara untuk membantu anda mulakan gaming channel di YouTube & menarik ramai lagi pengikut:

  • Cipta konten: Buat konten yang mengandungi rekomendasi game, review atau tutorial.
  • Pendapatan iklan: Buat duit melalui YouTube dengan memasukkan ads ke dalam video
  • Penajaan: Gabung dengan brand untuk membuat konten gaming

Jom kita tengok macam mana Loochy, gamer yanh mempunyai sebanyak 226K pengikut di YouTube membuat review gaming beliau

Gambar di atas menunjukkan bagaimana Loochy memulakan videonya dengan berkongsikan pengalaman bermain PUBG edisi tahun 2024 dengan pengikutnya.

Beliau membahagikan videonya kepada beberapa bab, membuatkan audiensnya berasa seolah-olah mereka turut serta dalam misi tersebut.

Loochy menyertakan reviewnya bermain PUBG, link ke platform sosialnya, dan menggalakkan audiens untuk menyertai game streamingnya.

Anda juga boleh mencipta konten menarik yang sama dengan mencipta naratif yang menarik, dan membuat pengikut anda berasa teruja untuk sentiasa melihat konten YouTube anda.

Sebagai alternatif, anda juga boleh melakukan penstriman langsung di platform Twitch atau Discord.

Jadi Pemain E-sukan

E-sukan adalah pertandingan di mana individu atau pasukan bermain permainan video secara profesional. 

Banyak kejohanan e-sukan menawarkan hadiah wang tunai untuk pemenang, dan anda boleh menyertai pertandingan bagi peringkat tempatan, kebangsaan, dan juga antarabangsa.

Selain itu, jika anda sertai organisasi e-sukan, anda layak untuk mendapatkan gaji, bonus & insentif kewangan lain.

Dota, Fortnite, atau PUBG merupakan di antara E-sport yang popular dan sering dimain orang peminat game. Oleh itu, anda boleh tunjukkan skill anda bermain game kegemaran anda untuk anda layak untuk bertanding and mendapatkan ganjaran eksklusif.

Acara ini mempamerkan kejohanan E-sport yang menampilkan sembilan pasukan francais teratas dari Indonesia yang bersaing untuk kejuaraan tahun ini dan hadiah wang yang besar sebanyak USD 336,500. 

Jika menyertai pertandingan e-sukan bukan sesuatu yang anda suka, anda boleh mencuba untuk menjadi seorang video game tester. 

Video tester merupakan sebuah pekerjaan di mana anda mencuba game tertentu sebelum ianya terjual di pasaran.Mari kita lihat dengan lebih mendalam lagi apa itu video game tester.

Menjadi Seorang Video Game Tester

Pekerjaan ini dikhususkan untuk menguji ciri-ciri, mencari gangguan (glitch), dan mengenal pasti kerosakan (bugs) sebelum ia dilancarkan kepada orang ramai.

Menurut Salary Expert, purata pendapatan bulanan untuk seorang video game tester adalah sekitar RM3,312, dan ia berbeza bergantung pada pengalaman dan tahap kemahiran.

Berikut adalah dua profesion yang boleh anda ceburi, sama ada sepenuh masa atau secara bebas:

  • Quality Assurance (QA) Tester: Peranan ini melibatkan mengenal pasti isu-isu dalam permainan semasa pembangunan.
  • User Experience Testing: Tugas ini harus memberikan maklum balas tentang permainan, kawalan, dan user interface untuk meningkatkan kualiti game tersebut.

Anda boleh mencari pekerjaan sebagai video game tester atau yang serupa di LinkedIn, JobStreet, dan Indeed. Anda boleh menapis mengikut pilihan lokasi, sama ada kerja jarak jauh atau di tempat.

Jika anda mempunyai minat yang tinggi terhadap gaming dan suka untuk mendalami aspek teknikal sebagai seorang game tester, ini merupakan pilihan kerjaya yang ideal untuk anda.

Menjadi Seorang Gaming Affiliate

Menjadi game affiliate membolehkan anda untuk menjana pendapatan sampingan melalui minat anda terhadap online gaming dengan menjadi affiliate partner.

Untuk menjadi seorang affiliate, anda boleh berdaftar dengan Involve Asia, dan promosikan pelbagai perkhidmatan permainan seperti:

Razer

Perkhidmatan yang disediakan: Razer membina ekosistem perisian, dan perkhidmatan terbesar di dunia. Ini termasuk permainan berprestasi tinggi (PC dan konsol) dan laptop permainan Razer Blade.

Platform perisian termasuk Razer Synapse (platform Internet of Things), Razer Chroma (sistem teknologi pencahayaan RGB milik sendiri), dan Razer Cortex (pengoptimum dan pelancar permainan).

Sementara itu, perkhidmatan Razer termasuk Razer Gold, salah satu perkhidmatan kredit maya yang popular untuk pemain permainan. Ia membolehkan pembelian barangan dan item maya dari lebih 2,500 permainan. 

Komisen: Sehingga 3.50%

Razer Gold

Perkhidmatan yang disediakan: Razer Gold adalah unit perniagaan di bawah Razer, virtual credit yang popular untuk gamers di seluruh dunia, dengan lebih daripada 42,000 permainan & hiburan.

Dengan setiap pembelian Razer Gold, pengguna memperoleh Razer Silver, satu-satunya program ganjaran loyalty yang direka untuk gamers merentasi kategori seperti perkakasan Razer, permainan, dan hiburan.

Komisen: Sehingga 1.4% komisen

SEAGM

Perkhidmatan yang disediakan: SEAGM menyediakan barangan dan perkhidmatan digital kepada gamers di seluruh dunia, seperti game credit, gift card, in-game item, dan kod digital untuk pelbagai platform dan mempunyai lebih daripada 1,000 produk & perkhidmatan game, hiburan dan teknologi.

Komisen: Sehingga 0.56%

Codashop

Perkhidmatan yang disediakan: Codashop menawarkan kemudahan akses kepada pembelian in-game dan digital content untuk pelbagai jenis online game.

Pengguna boleh menambah nilai gaming account mereka dengan mata wang atau virtual currency menggunakan pelbagai kaedah pembayaran. 

Komisen: Sehingga 3.50%

Setelah akaun anda diluluskan, anda boleh memilih brand mana yang ingin dipromosikan. Anda kemudian boleh mula menggunakan affiliate link anda untuk mendapatkan komisen sehingga 3.50% pada setiap pembelian berjaya yang dibuat melalui rekomendasi anda.

Kesimpulan

Kesimpulannya, terdapat pelbagai cara untuk menjana wang dengan melakukan apa yang anda suka, sama ada dengan menjadi game streamer, bersaing dalam e-sukan, bekerja sebagai video game tester, atau menggunakan affiliate marketing.

Setiap peluang menawarkan manfaat yang berbeza. Dengan dedikasi dan kreativiti, anda boleh mengubah hobi permainan anda menjadi sumber pendapatan anda.

Kami berharap artikel ini membantu anda mencari cara terbaik untuk menjana wang sebagai seorang online gamer.Jika anda ingin memulakan perjalanan anda sebagai Partner affiliate dengan Involve Asia, klik butang di bawah.

Share this article

More Articles BM