3 Cara Boleh Buat Duit Dengan Shopee & Bagaimana Nak Mula Jika Tiada Produk

(Sumber: Unsplash oleh Ali Yahya)

Bisnes atas talian atau “Online business” ini bukan lagi perkara asing pada zaman ini. Malah, sejak pandemik Covid-19, permintaan pembelian online meningkat berlipat kali ganda kerana pergerakan terhad pengguna.
Mengikut statistik Shopee, mereka dapat melihat trend dalam tingkah laku pengguna makin tinggi dan meningkat sebanyak 20 peratus dalam masa seminggu di laman Shopee dan aplikasi Shopee (sumber: Astro Awani)
Dalam artikel ini, saya akan menerangkan:
1. Apakah Shopee?
2. 3 cara anda boleh buat duit dengan Shopee
3. Buat di Shopee tanpa produk dengan menggunakan Affiliate Marketing
4. Bagaimana anda boleh mula – Daftar sebagai Penerbit dengan Involve
Sebelum itu, mari kita kenali Shopee:

Apa Itu Shopee?

(Tangkapan skrin: Shopee Malaysia)

Shopee merupakan salah satu platform dimana pembeli dan penjual boleh berusus niaga jual beli secara online.
Mengikut data Statista dibawah, Shopee merupakan platform e-dagang yang paling banyak digunakan rakyat Malaysia:

(Sumber: Statista)

Data di atas membuktikan rakyat Malaysia semakin gemar membeli barang secara online.
Sejak Mac yang lalu, Shopee menerima sebanyak 39.18 juta pelawat. Sejumlah 6.53 juta pelawat (purata) sebulan. Ini bermakna Shopee mendapat 36,277 ribu lawatan dalam sehari! Banyak kan?

(Tangkapan skrin: Similar Web)

Dengan jumlah pelawat online sebesar itu, anda mempunyai banyak peluang untuk membuat duit online dengan Shopee.
Saya ingin menunjukkan 3 cara anda boleh membuat duit dengan Shopee:

3 Cara Anda Boleh Buat Duit Dengan Shopee

1. Menjual produk sendiri
2. Dropshipping
3. Affiliate Marketing (paling senang untuk newbies)
Mari kita lihat langkah yang pertama:
Cara Buat Duit dengan Shopee 1: Menjual Produk Sendiri
Cara yang paling menguntungkan adalah dengan menjual produk sendiri di Shopee.
Kelebihan menjual produk di Shopee:
  • Ramai pengunjung
  • Pembeli sudah ada kepercayaan dengan Shopee
Lihat lelaki ini berjaya meraih pendapatan mencecah RM10k dengan menjual produknya di Shopee:

(Tangkapan skrin: Oh Bulan!)

Walaupun Shopee dapat membantu penjual, terdapat juga keburukan menjual barangan secara online:
  • Persaingan sengit dengan penjual lain
  • Penipuan pembeli (scam)
Persaingan Sengit: Oleh kerana Shopee banyak membantu peniaga mengaut keuntungan, banyak peniaga-peniaga lain juga berminat untuk menjual di Shopee.
Anda memerlukan strategi perniagaan yang kukuh untuk bersaing dengan peniaga-peniaga lain. Antara strategi yang boleh digunakan termasuk menurunkan harga jualan atau mengadakan promosi yang hebat.
Sebagai contoh:
Produk ‘Mouthgasm Crunch’ adalah salah satu produk yang digemari ramai. Oleh itu, terdapat ramai peniaga yang menjualnya.
Jika dilihat pada imej di bawah, terdapat banyak peniaga yang menjual produk yang sama dengan harga yang tidak jauh beza:

(Tangkapan skrin: Shopee)

Bagaimanakah anda boleh menonjolkan penjualan anda kepada pelanggan di lautan peniaga-peniaga lain? Anda perlu mahir dalam strategi marketing bisnes untuk menarik minat pelanggan membeli dengan anda, dan bukan dengan peniaga lain.
Penipuan Pembayaran (scam) juga merupakan salah satu perkara yang sentiasa membimbangkan para peniaga.
Pada masa ini, scammers juga makin maju dengan menggunakan pelbagai taktik penipuan. Salah satunya adalah, penipuan pembayaran yang berjadual:

(Tangkapan skrin: Siakap Keli)

Modus Operandi Scam Pembeli: Pembeli akan menyatakan bahawa beliau akan membuat pembayaran hari ini tetapi sewaktu membuat online transfer, beliau akan memilih pembayaran berjadual (scheduled payment).
Setelah berjaya membuat pindahan wang, pembeli ini akan menghantar resit kepada penjual. Resit ini mengatakan bahawa pindahan wang itu telah diluluskan. Jadi, penjual pun akan terus untuk menyediakan produk yang dibeli pembeli dan sekaligus pengepos produk tersebut tanpa ragu-ragu.
Selepas penjual berjaya mengepos produk itu, pembeli ini akan membatalkan pembayaran berjadual ini. Walaupun transaksi itu telah dilakukan dan resit telah pun dikeluarkan tetapi duit tidak akan berada dalam akaun penjual. Ini adalah kerana pembayaran berjadual ini boleh dibatalkan pada bila-bila masa sahaja.
Malangnya, ramai penjual telah tertipu dengan taktik kotor ini. Jadi untuk menjadi seorang peniaga online, anda perlu berhati-hati ketika berhubung dengan penjual anda.
Jadi ini lah beberapa perkara yang anda perlu berhati-hati ketika menjual di Shopee.
Tapi macam mana pula kalau, anda mahu mulakan perniagaan tetapi tidak mempunyai produk sendiri untuk dijual? Memperkenalkan:
Cara Buat Duit dengan Shopee 2: Dropshipping
Mesti anda pernah melihat iklan atau posting di Instagram ataupun Facebook yang berbunyi seperti:
“Agent Dropship diperlukan”

(Tangkapan skrin: Facebook)

Namun, apa itu dropshipping?
Dropshipping adalah cara perniagaan di mana anda menjadi ejen jualan online kepada produk atau servis orang lain.
Dalam bisnes dropship, terdapat tiga pihak yang terlibat iaitu, pembekal (supplier), dropshipper dan pembeli (customer).
Sebagai seorang dropshipper, anda akan menjadi orang tengah di antara pembekal dan pembeli.

Mari kita ambil contoh Ali.
Ali merupakan seorang dropshipper untuk produk kasut. Ali mempromosikan pelbagai kasut di Shopee.
Apabila Ali menerima pesanan untuk produk kasutnya, Ali akan mengumpulkan jumlah pesanan sebelum membuat pesanan kepada pembekal.
Bagaimanakah Ali mendapat keuntungan?
Selalunya pembekal akan menjual produk pada harga yang rendah. Dropshipper seperti Ali diberi kebebasan untuk meletakkan harga ke atas produk yang di beli dari pembekal.
Sebagai contoh, Ali membeli kasut ‘A’ dengan harga RM30 pada pembekal dan Ali menjual kasut ‘Z’ dengan harga RM45 kepada pembeli. Ali akan mendapat keuntungan sebanyak RM15.
Cara Buat Duit dengan Shopee 3: Affiliate Marketing – Promosikan Produk Shopee pada Penonton Online Anda
Secara ringkas, Affiliate Marketing adalah proses menerima komisyen apabila berjaya mempromosikan dan menjual produk atau servis orang lain secara online.
Mari kita lihat cara Affiliate Marketing berfungsi:
Sebelum anda menerokai dunia Affiliate Marketing, anda perlu mendaftar pada rangkaian Affiliate.
1. Daftar di sini untuk memulakan karier anda sebagai Affiliate Marketer atau anda lihat disini untuk bagaimana untuk mendaftar sebagai Penerbit Involve
2. Anda perlu menghasilkan link Affiliate bagi setiap produk atau servis yang mahu dipromosikan.
3. Hasilkan content yang berkaitan dengan produk atau servis yang dipilih untuk dipromosikan.
Contoh:

Jenis PenerbitContoh Content
Blogger Artikel blog mengenai review produk
Influencer atau Content CreatorFacebook/Instagram/Twitter post, atau Youtube video membuat review produk

4. Kongsikan content anda kepada pengikut online anda.
5. Anda akan menerima komisyen jikalau pengikut anda klik pada link Affiliate anda dan membeli produk atau servis yang dipromosikan.
Contoh: Oh Rumah Idaman, merupakan sebuah laman Facebook di mana produk-produk hiasan rumah terkini dipamerkan.
Kebanyakan pengikut laman Oh Rumah Idaman mengikuti laman ini untuk mendapat idea untuk menghias rumah impian masing-masing dengan produk hiasan terbaru.
Lihat bagaimana Oh Rumah Idaman meletakkan link Affiliate dalam post mereka:

Jika pengikut Oh Rumah Idaman klik pada link Affiliate dan membuat pesanan, Oh Rumah Idaman akan menerima komisyen Affiliate.
Terdapat pertindihan konsep antara Affiliate Marketing dan juga dropshipping. Jadual dibawah dapat menerangkan perbezaannya dengan jelas:

DropshippingAffiliate Marketing
ModalTidak perluTidak perlu
ProdukMenjual produk orang lainMenjual produk orang lain
Khidmat pelangganDropshipper perlu layanAntara pembeli dan penjual
Struktur komisyenAnda yang menentukannyaDitetapkan oleh Pengiklan
KesukaranSusahKurang Susah
Cara mendapatkan komisyenMenjual kepada pelangganMempromosikan content

Mengikut jadual di atas, kaedah membuat duit menggunakan Shopee yang paling senang adalah dengan menggunakan Affiliate Marketing.
Oleh itu, saya telah mengumpulkan 2 keperluan membuat duit dengan Shopee menggunakan kaedah Affiliate Marketing:

Untuk Newbies: Buat Duit Dengan Shopee Tanpa Produk Dengan Affiliate Marketing

Apa yang anda perlukan untuk mula membuat duit di Shopee dengan Affiliate Marketing?
Pengikut Online: Anda memerlukan profil media sosial yang mempunyai pengikut. Anda akan mempromosikan produk-produk Shopee kepada pengikut anda.
Sebagai contoh, lihat profil Berani Buat di bawah. Profil ini mempunyai banyak content video DIY. Maka senang untuk profil Berani Buat mempromosikan alat-alat DIY:

Laman Facebook Berani Buat

Peralatan: Anda hanya memerlukan dua gajet: Sebuah laptop dan sebuah peranti (smartphone).
Berikut adalah 6 langkah untuk memperoleh keuntungan di Shopee tanpa sebarang produk:
1. Daftar sebagai seorang Penerbit di Rangkaian Affiliate Involve.
2. Pilih produk di Shopee yang anda rasa pengkut Shopee anda akan suka dan beli.
3. Generate link Affiliate anda di dashboard Involve.
4. Buat content bermanfaat untuk pengikut anda dan masukkan link Affiliate kedalam content anda.
5. Promosikan content yang mengandungi link Affiliate kepada pengikut anda.
6. Jika pengikut anda menekan link Affiliate dan membeli produk tersebut, anda akan memperoleh komisyen.

Konklusi: Membuat Duit Secara Online Dengan Shopee

Kami telah mengongsikan cara mudah untuk membuat duit secara online dengan Shopee. Anda hanya perlu mengikuti langkah mudah yang telah kami sediakan.
Jika anda bersedia untuk menjalani karier sebagai Affiliate Marketer, klik pada butang di bawah untuk mendaftar sebagai Penerbit dengan Involve.
Daftar Sebagai Penerbit