Daftar Sebagai Penerbit Dengan Involve – Buat Duit Online Untuk Influencer

Hai Content Creators!
Adakah anda mempunyai pengikut (followers) di laman Facebook, Instagram, TikTok atau YouTube?
Tahukah anda boleh membuat duit dengan followers anda menggunakan Affiliate Marketing?
Affiliate Marketing adalah proses menjana komisyen dengan mempromosikan produk atau servis orang lain kepada pengikut anda secara online.
Anda boleh memulakan perjalanan Affiliate Marketing anda dengan Involve. Involve merupakan rangkaian Affiliate Marketing terbesar di Asia Tenggara dengan lebih dari 1,500 jenama untuk anda promosikan.
Artikel ini akan menerangkan langkah demi langkah cara untuk anda daftar sebagai seorang Penerbit (Publisher) dengan Involve:

Langkah 1: Daftar Akaun Affiliate Bersama Involve

Pergi ke halaman Penerbit Involve dan klik ‘Join as Publisher’:

Langkah 2: Isikan Property Information Anda

Anda akan dibawa ke laman Property Information. Property di sini merujuk kepada laman web anda yang mempunyai pengikut mahupun penonton. Sebagai contoh, saluran YouTube, profil Facebook, Instagram, Blog dan website.

Lihat jadual di bawah untuk definisi bagi setiap term pada setiap bahagian👇

KeperluanMaksudContoh
Property URLURL kepada laman web atau profil media sosial anda
  • facebook.com/namaanda
  • www.namaandablog.com
ChannelBagaimanakah anda mendapatkan perhatian penonton atau pengikut anda?
  • Influencers – Youtuber atau Instagrammer
  • Content – Pemilik website atau blog
  • Loyalty – Website kupon & loyalty seperti Shopback
What is your property about?Ringkasan tentang profil atau laman andaSaya seorang YouTuber yang membuat review peranti dengan 1 juta pengikut.

Langkah 3: Isikan Property Categorization Anda

Langkah seterusnya adalah mengisi kandungan Property Categorization:
Bahagian ini adalah untuk mengisi maklumat property anda supaya Pengiklan (Advertiser) dapat mencari anda:

Lihat jadual dibawah untuk penjelasan lebih terperinci untuk setiap kotak pada langkah ‘Property Categorization’ :

KeperluanMaksudContoh
Type of advertisers Apakah cara yang anda gunakan untuk menjana wang melalui Affiliate Marketing? 

Tip: Jika anda tidak tahu untuk pilih yang mana, boleh pilih – Pay Per Lead

  • Pay per click
  • Pay per impression
  • Pay per lead
Property CategoryTopik atau niche property anda
  • Health and Beauty
  • Electronics
  • Food
Traffic Acquisition MethodBagaimanakah anda mendapatkan orang untuk mengunjungi property anda? 

Tip: Terdapat beberapa pilihan tetapi kami mengesyorkan anda untuk memilih Lead Generation.

  • Display Network
  • Email
  • Lead Generation
Advertisement FormatBagaimana anda bercadang untuk mempromosikan link Affiliate atau content yang mengandungi Affiliate link anda?

Tip: Jika anda seorang Blogger maka Text links, Product sponsorship atau Homepage Banner adalah pilihan yang sesuai.

Product sponsorship, Youtube Channel, Facebook Page & Twitter Post adalah sesuai untuk seorang Influencer dan Content Creator

  • Homepage Banner
  • Product sponsorship
  • Youtube Channel
  • Facebook Page

Langkah 4: Nyatakan Premium Inventory Anda

Premium Inventory membolehkan anda untuk mengongsikan pakej pengiklanan (rate card) anda kepada Pengiklan.
Tip: Jika anda tidak tahu apa itu rate card, pilih ‘No’ dan teruskan ke langkah 5.

Langkah 5: Isikan Maklumat Peribadi Anda

Dalam bahagian ini, anda perlu memberikan beberapa maklumat peribadi anda, seperti nama syarikat, emel, nama dan kata laluan.

  • Sebelum anda klik ‘Submit’, anda perlu tik kotak Terma & Syarat.
  • Kemudian, anda perlu menunggu akaun Penerbit anda disahkan oleh kami. Ini boleh mengambil masa 2 ke 3 hari bekerja.
  • Apabila akaun anda telah disahkan, anda akan menerima emel dari Involve.
Tahniah! anda sudah berdaftar sebagai Penerbit dengan Involve! Saya berharap tutorial ini bermanfaat kepada anda.
Klik link di bawah untuk memulakan pendaftaran anda sebagai Penerbit:
Daftar Sebagai Penerbit