TikTok merupakan sebuah platform media sosial yang membolehkan penggunanya untuk mencipta dan berkongsi video pendek.
Hootsuite melaporkan bahawa TikTok mempunyai 1.92 bilion pengguna pada tahun 2023, yang dijangka mencapai 2 bilion menjelang akhir tahun 2024.
Berikut adalah enam kaedah untuk mula membuat duit sampingan di TikTok:
Menggunakan TikTok ads
Salah satu cara untuk menarik ramai lagi orang untuk melihat konten anda adalah dengan menggunakan TikTok ads.
TikTok Ads Manager membolehkan anda untuk menjadualkan sebarang ads mengikut keperluan anda.
Anda hanya perlu memilih faktor demografi yang anda ingin sasarkan seperti jantina dan umur, dan menetapkan bajet yang bersesuaian.
Pendekatan ini membantu anda mencapai audiens yang lebih luas dan menaikkan views anda.
Berikut adalah contoh bagaimana ads muncul di Halaman For You TikTok.
TikTok merupakan sebuah platform yang sangat sesuai untuk meningkatkan trafik ke profil anda dan menambah bilangan views.
Dengan adanya TikTok ads, ia akan menjadi suatu pelaburan pengiklanan yang berbaloi untuk anda mencapai sesuatu objektif.
Iklan anda kemudiannya akan dipaparkan kepada audiens anda sebagai kandungan “Sponsored”, seperti contoh di atas.
Bekerjasama dengan Brand
Cara lain untuk menjana wang adalah dengan memuat naik kandungan “Paid partnership”. Ini bermaksud anda mempromosikan jenama atau produk sesebuah brand dalam video anda dan akan dibalas dengan wang tunai atau ganjaran lain.
Contoh di bawah merupakan Ain Edruce, seorang artis Malaysia, memuat naik tentang brand Skintific.
Di dalam videonya, Ain Dia tentang penjagaan kulit dan memberikan testimoni mengenai kulitnya, termasuk beberapa spesifikasi produk tersebut.
Jika anda dapat lihat, kontennya mengandungi “Paid partnership”, untuk menandakan bahawa beliau dibayar untuk membuat post tersebut.
Jual Produk di TikTok Shop
Cara lain untuk mendapatkan duit adalah dengan menjual produk secara langsung melalui TikTok dengan menggunakan TikTok Shop.
Ciri ini membolehkan peniaga, brand, dan TikTok creator untuk mempamerkan dan menjual produk melalui video dalam postingnya, live stream, dan tab pameran produk di profil TikTok anda.
Apabila audiens anda klik butang Shopping di profil anda, mereka akan di bawa ke list shopping yang telah anda masukkan di profil anda secara automatik.
Adakah anda berminat untuk menjual produk anda di TikTok Shop? Anda hanya membuka akaun di TikTok Seller Center.
Terdapat dua golongan yang boleh membuka akaun TikTok Shop, iaitu seller dan juga TikTok creator.
- Seller: Anda mesti mempunyai sijil pendaftaran dan pengenalan diri yang sah untuk perniagaan anda.
- TikTok creator: Anda memerlukan sekurang-kurangnya 1,000 pengikut, 50+ tontonan video dalam 28 hari yang lalu, berumur 18 tahun atau lebih, dan mem muat naik video di TikTok dalam 28 hari yang lalu.
Menjadi Host di TikTok live
Menjadi host bagi sesi TikTok Live adalah satu lagi cara untuk menjana duit di akaun TikTok anda.
Semasa anda membuat live, anda boleh berinteraksi dengan audiens, mempamerkan produk dari TikTok Shop anda, dan menerima virtual gift sebagai bentuk penghargaan.
Berikut adalah contoh cara membuat TikTok Live untuk menjual produk anda di TikTok.
Qaazstore, sebuah jenama yang menjual pakaian wanita, telah berjaya menjual hampir 200,000 item di TikTok melalui sesi siaran langsung.
Semasa sesi TikTok Live, pengguna TikTok yang berkunjung ke sesi ini akan bertanya pelbagai soalan mengenai produk yang dipamerkan.
Sebagai contoh, dalam senario di bawah, seller menerangkan pilihan jeans yang dijual serta menjelaskan tentang cara untuk membeli item tersebut di TikTok.
Audiens anda boleh klik di ikon beg oren di sudut kiri bawah skrin, dan skrol lebih banyak produk, meminta seller untuk review item tertentu, dan meneruskan pembayaran jika ingin membuat bayaran.
Tidak ada produk untuk dijual? Jangan risau. TikTok Live menawarkan banyak lagi cara untuk membuat duit melalui virtual gift.
Hadiah ini boleh diterima sama ada dengan menjual item atau tanpa menjual apa-apa, memberi anda pelbagai pilihan untuk mendapat duit melalui konten anda.
Mari lihat contoh berikut untuk memahami cara menjana pendapatan hanya dengan menghoskan live stream di TikTok.
Anda boleh menghoskan sesi TikTok Live sama ada seorang diri atau bersama orang lain. Semasa sesi ini, penonton boleh menghantar virtual gift kepada anda dengan membeli coin di TikTok.
Audiens anda boleh memilih virtual gift yang ingin diberikan kepada anda dan kemudiannya, hadiah ini boleh ditukar menjadi duit dan diperoleh terus melalui TikTok live.
Ini memberikan peluang yang baik untuk berinteraksi dengan audiens sambil menjana pendapatan melalui konten anda.
TikTok Rewards Referral Program
Dapatkan ganjaran TikTok dengan menjemput rakan anda untuk memuat turun aplikasi untuk menonton, mencipta, dan berinteraksi di TikTok melalui kriteria-kriteria yang ditetapkan.
Ini adalah kaedah untuk memperkenalkan TikTok kepada rakan-rakan anda untuk menarik lebih ramai orang mendaftar dengan platform tersebut.
Menjana Pendapatan Affiliate
Dengan referral program, anda mendapat ganjaran kerana membawa pengguna baru ke platform TikTok.
Manakala affiliate marketing pula membolehkan anda untuk mendapatkan komisen apabila audiens anda membeli produk melalui link affiliate anda.
Jom daftar sebagai affiliate bersama Involve Asia untuk mendapatkan pendapatan sampingan dengan membuat rekomendasi produk kegemaran anda.
Involve Asia menghubungkan anda dengan lebih daripada 500 jenama, termasuk TikTok Shop.
Dengan menyertai program affiliate TikTok Shop melalui Involve Asia, anda boleh mempromosikan kategori Flash Deals di TikTok Shop.
Dengan Involve Asia, anda boleh mempromosikan halaman TikTok Flash Sale dengan menjana link affiliate TikTok melalui Involve Dashboard anda.
Cipta link affiliate TikTok di Involve Dashboard anda untuk mempromosikan Halaman Jualan Kilat.
Kongsi link affiliate anda dengan rakan-rakan online untuk mendapatkan komisen melalui pembelian mereka menerusi rekomendasi anda.
Disclaimer: Garis panduan TikTok mengehadkan aktiviti promosi hanya kepada produk di halaman Flash Sale SAHAJA.
Konklusi
Secara ringkas, TikTok menyediakan pelbagai cara untuk menjana wang. Anda boleh memperoleh pendapatan melalui ads, partnership dengan brand, menjual produk di TikTok Shop, menghoskan TikTok live untuk dapatkan virtual gift dan menjemput rakan-rakan anda untuk menyertai TikTok & dapatkan ganjaran referral.
Affiliate marketing juga menawarkan peluang untuk memperoleh komisen daripada jualan produk melalui rekomendasi anda.
Pilihan-pilihan ini menjadikan TikTok sebagai platform yang fleksibel untuk sesiapa sahaja yang ingin membuat duit sampingan sambil membuat konten secara online.