Bila korang terfikir perkataan ‘fesyen’ benda pertama sekali yang korang terbayang mesti wanita yang stylish dan selalu di depan kamera kan?
Pada zaman sekarang, lelaki dan wanita sangat mementingkan fesyen, dan banyak butik dan kedai menjual pakaian yang trendy.
Kalau korang sukakan fesyeb, gunakan minat ini untuk korang mulakan affiliate marketing & dapatkan side income melalui media sosial korang. Macam mana? Jom tanya diri korang beberapa soalan seperti di bawah.
Ketahui Lebih Lanjut Tentang Minat Korang Terhadap Fesyen
Kalau korang berminat tentang fesyen, tanya diri korang soalan-soalan di bawah:
- Adakah saya mempunyai citarasa fesyen yang baik?
- Adakah saya memiliki pemahaman yang kukuh tentang trend fesyen?
- Adakah saya suka buat konten & OOTD di media sosial?
Ingat, korang mungkin tidak akan mendapat followers atau likes yang banyak daripada hanya satu post konten dalam dalam masa yang singkat. Usaha kan tangga kejayaan?
Untuk affiliate marketing prinsip yang sama juga digunakan untuk korang berjaya di bidang ini.
Korang perlu tahu demografi, minat, dan pilihan fesyen audiens korang supaya korang dapat promosikan produk dan link affiliate dengan berkesan.
Jom kita tengok beberapa tips untuk korang tarik lebih ramai followers!
Tips Untuk Mendapatkan Banyak Followers & View
Sedang cari cara untuk tingkatkan views konten korang? Dapatkan tips di sini:
1. Pilih Tema dan Kekal Mengikut Trend
- Pilih tema dan rancang strategi kandungan anda mengikutnya.
- Sentiasa perhatikan konten apa yang sedang trending dan jangan lupa untuk turut serta
2. Tentukan Platform Media Sosial Yang Ingin Digunakan
- Pilih platform media sosial yang paling suka & mempunyai followers yang aktif
- Sesuaikan kandungan konten korang dengan mengikut kehendak demografi setiap platform. Contohnya, TikTok dan Instagram popular di kalangan audiens muda, sementara Facebook dan Twitter mempunyai demografi yang lebih tua, manakala YouTube pula mempunyai audiens daripada pelbagai kumpulan umur.
3. Kongsi Fesyen Inspo Korang
Buat kandungan yang mendalami perjalanan fesyen anda.
Buat konten tentang macam mana korang gayakan outfit korang, dapat inspirasi dari mana & pandangan peribadi yang lain.
Berikut adalah beberapa do’s & don’ts yang korang perlu ketahui sebelum membuat fesyen review:
Do’s | Don’ts |
Pakai outfit yang buat korang rasa konfiden untuk kongsikan dengan followers di media sosial | Tidak menjadi diri sendiri dan menjadi orang lain |
Ketahui trend fesyen terkini seperti streetwear, pakaian luxury, Y2K & denim | Terlampau terburu-buru untuk mengikuti trend tanpa membuat sebarang persediaan terlebih dahulu |
Berikan review yang jujur tentang outfit atau barangan fesyen korang | Tidak jujur tentang pembelian korang dan tidak memberikan review yang jujur |
Lihat Macam Mana Partner di Involve Mencipta Konten Mereka
Peminat fesyen datang dalam pelbagai latarbelakang, dari yang ceria hingga yang misteri. Jadi korang suka menjadi tumpuan utama atau berada di belakang tabir?
Jom tengok contoh di bawah untuk mengetahui stail penciptaan konten anda.
Platform: Instagram
Kalau korang suka gunakan Instagram dan belum pernah menggunakan affiliate marketing, sekarang adalah peluangnya!
Jom tengok macam mana Aliya Nazrii, seorang Partner di Involve yang berkongsi fesyen trendy di Instagramnya dan menggunakan akaun Shopple di dalam bio Instagramnya untuk menggalakkan audiensnya membeli-belah melalui rekomendasinya.
Walaupun korang tidak boleh menambah link yang boleh diklik dalam kapsyen atau ruangan komen di Instagram, korang boleh letakkan sebarang link di bio profil, sama seperti yang dilakukan Aliya Nazrii untuk mendapatkan pendapatan affiliatenya!
Aliya Nazrii mengongsikan rekomendasi tentang barangan fesyen seperti kasut tumit tinggi, beg tangan, dan tudung bawal du dalam Shopple linknya di bio Instagram.
Platform: X
X, yang dulunya dikenali sebagai Twitter, merupakan sebuah media sosial di mana pengguna berkongsi tweet, video, dan gambar untuk mencipta bebenang. Mari kita lihat bagaimana @ndyshopdotcom menggunakan platform ini unutk meningkatkan pendapatan affiliatenya.
@ndyshopdotcom menggunakan akaun Twitternya untuk mempromosikan rekomendasi affiliatenya.
Beliau menarik pengikut Twitter yang rata-ratanya wanita dengan jalan cerita yang menarik perhatian, dan seterusnya menggalakkan mereka untuk klik bebenang Twitternya untuk melihat barangan yang beliau promosikan.
Beliau juga mengikuti trend fesyen terkini untuk menarik lebih ramai orang membeli saranannya.
Sebagai contoh, beliau tahu tentang skirt panjang merupakan trend masa kini dan memanfaatkan peluang yang ada ini untuk membuat konten tenang skirt dalam Twitternya, membolehkan pengikutnya kekal trendy.
Platform: Facebook
Berbeza dengan Instagram dan Twitter, korang boleh kongsikan link yang boleh di Facebook. Link tersebut boleh dikongsikan di dalam pos, cerita, kapsyen, dan komen korang.
Mari kita lihat bagaimana Mie_online_shop memanfaatkan Facebook untuk berkongsi affiliate link dengan followersnya.
Mie_online_shop mebuat satu post dia mana beliau menggalakkan followersnya untuk membeli pengilat kuku yang tidak memerlukan lampu UV untuk mengeringkan kuku.
Beliau juga menyertakan affiliate link Involve di dlama post tersebut supaya followersnya boleh membuat pembelian.
Apabila seseorang klik link tersebut dan membuat pembelian, beliau akan mendapat komisen.
Platform: TikTok
TikTok merupakan platform yang popular di kalangan golongan muda. Sama seperti Instagram, korang hanya boleh kongsikan link affiliate di bahagian bio.
Jom kita lihat macam mana Jourimanzkyp mempromosikan produk afiliate di akaun TikToknya.
Jourimanzkyp meningkatkan pendapatan sampingannya dengan menyertakan link affiliate ke dalam bio TikToknya.
Beliau menggunakan call-to-action seperti “klik untuk racun”, yang bermaksud klik sini untuk melihat produk yang direkomendasikan.
Apabila followers Jourimanzky klik link yang berada di bio TikToknya, mereka akan menjumpai semua produk yang direkomendasikan oleh Jourimanzkyp di dalam satu tempat.
Memandangkan TikTok mengehadkan penggunanya daripada menyertakan sebarang link, kami cadangkan korang untuk mencuba Shopple, di mana korang boleh menjana link affiliate Involve dengan cepat & boleh disimpan terus di dalam platform tersebut.
Kesimpulan
Secara ringkasnya, kreativiti sangatlah diperlukan jika korang ingin kuasai pasaran affiliate marketing.
Partner affiliate seperti Aliya Nazrii, @ndyshopdotcom, Daily Budol, dan Jourimanzkyp boleh dijadikan contoh jika anda ingin mulakan affiliate marketing dengan menggunakan platform media sosial yang anda suka.Jadi tunggu apa lagi? Jom buat side income dengan Involve Asia sekarang.