Affiliate Marketing untuk Hari Raya 2024

Affiliate Marketing untuk Hari Raya 2024

Table of Contents

Selamat datang ke blog kami!

Adakah anda tahu bahawa terdapat sebanyak 61.3% populasi yang beragama Islam di seluruh dunia?

Di Malaysia, kebanyakan individu yang beragama Islam akan pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga tercinta.

Tradisi balik kampung 2-3 hari sebelum menyambut Hari Raya sudah menjadi kebiasaan bagi individu yang tinggal di kota dan jauh dari kalangan keluarga. 

Jadi, mari dapatkan tips untuk anda merancang konten anda sempena musim perayaan yang akan tiba ini.

Bilakah Hari Raya disambut?

Hari Raya bakal disambut tidak lama lagi! Pada tahun ini, bulan puasa akan bermula pada 12 Mac 2024. Manakala umat Islam akan menyambut Hari Raya pada 10 April 2024.

Semasa bulan Ramadan, umat Islam berpuasa daripada terbitnya matahari sehingga bulan terbenam, melakukan solat tarawih, membayar zakat fitrah bagi golongan yang mampu, dan memperbanyakkan bacaan ayat al-Quran.

Semasa musim perayaan ini, kebanyakan Partner Involve melakukan pelbagai strategi promosi yang bersesuaian dengan mempromosikan jenama kegemaran mereka kepada pengikut mereka di media sosial.

Sambil kita bersiap sedia untuk perayaan, mari kita lihat kembali prestasi Partner Involve pada tahun lepas dan lihat kategori popular yang disukai orang ramai pada bulan tersebut.

Prestasi Partner Involve: Sorotan daripada Ramadan & Raya 2023

MusimTarikh
Musim Ramadan – Bulan Berpuasa23 Mac – 21 April 2023
Musim Perayaan – Hari Raya Aidilfitri22 April – 21 Mei 2023

Gambar rajah di bawah menunjukkan minggu kedua Ramadan dan Hari Raya 2023, merupakan  waktu yang terbaik untuk orang ramai membeli barang secara online, terutama sekali bagi kategori membeli belah, pelancongan, fesyen, kewangan, dan elektronik.

Musim Ramadan
Musim Raya

Peningkatan ini dipengaruhi oleh kempen #InvolveKongsikanRezeki yang bermula dari 4 April sehingga 5 Mei 2023, membuktikan bahawa musim perayaan sangat mempengaruhi pembelian secara online. 

Ketika musim ini, strategi promosi yang tertentu sangat memainkan peranan di dalam menarik perhatian orang ramai untuk melakukan pembelian. 

Sebagai contoh, Ad Network meletakkan iklan secara strategik secara online untuk mencapai audiens yang berminat untuk membeli produk yang ditawarkan.

Influencer yang mempunyai pengikut di laman media sosial mempunyai peluang yang cerah untuk mempromosikan Brands yang menjual produk-produk yang berkaitan dengan Ramadan dan Raya kepada audiens mereka.

Selain itu, penciptaan konten yang menarik, seperti di dalam blog atau video juga dapat menarik perhatian pengguna yang sedang aktif mencari maklumat atau inspirasi berkaitan dengan persiapan Hari Raya.

Secara keseluruhannya, strategi ini sejajar dengan semangat perayaan Hari Raya, menjadikannya sangat berkesan untuk digunakan dan berinteraksi dengan audiens anda semasa musim perayaan ini.

Kenapa Anda Perlu Mempromosikan Hari Raya?

Jika anda merupakan Partner di Involve, sekarang adalah masa yang sesuai untuk anda promosikan barang-barang yang berkaitan dengan Raya seperti pakaian dan makanan

Pada waktu ini, ramai pengguna cenderung untuk membelanjakan wang bagi membeli pakaian dan dekorasi untuk sambutan Hari Raya.

Macam mana nak promote waktu musim raya ni?

Kalau anda seorang content creator, start plan konten Raya anda untuk akaun Instagram, TikTok atau Facebook anda! 

Tak tahu nak buat konten apa? Jangan risau!

Berikut adalah Raya shopping checklist yang ada boleh lihat dan kongsikan kepada followers anda yang akan balik ke kampung untuk menyambut Hari Raya:

KategoriProduk
PakaianBaju kurung, baju melayu, kurta, jubah, tudung bawal
Raya EssentialsLampu pelita, sampul duit raya, kuih raya
Barangan RumahLangsir, set cadar, set pinggan mangkuk
ElektronikPower bank, universal adapter, kabel, kipas mini
Balik Kampung EssentialsShampoo and sabun mandi, ubat-ubatan, botol air, bantal leher

Okay, sekarang anda dah tahu apa yang nak kena ada dalam content checklist, next step pula, mari kita lihat tiga (3) contoh bagaimana nak buat konten Raya anda.

Tiga (3) Contoh Konten Untuk Raya

Baju Hari Raya Try-On

Anda boleh cuba hasillkan try-on video yang menunjukkan outfit raya anda pada tahun ini.

Lihat contoh di atas di mana seorang influencer, Fayra membuat video try-on di dalam media sosial TikToknya.  

Tips: Kebanyakan orang akan terpengaruh untuk membeli sesuatu setelah melihat review daripada orang lain. Jadi gunakan peluang ini untuk anda kongsikan video anda dan jangan lupa untuk share affiliate link anda juga.

Balik Kampung Essentials

Kongsikan dengan follower anda barang-barang yang  selalu anda bawa apabila pulang ke kampung halaman untuk musim perayaan.

Rumasafinaqi baru-baru ini berkongsi video TikTok yang menarik tentang cara-cara untuk mengemas bagasi secara bijak untuk Raya. 

Beliau menunjukkan bagaimana dia memuatkan barang-barangnya dan suaminya ke dalam satu beg tanpa membawa terlalu banyak barang.

Anda juga boleh membuat video tentang apa yang perlu disimpan di dalam kereta semasa pulang ke kampung halaman semasa Raya.

Barangan seperti bantal perjalanan, beg yang dilengkapi dengan ubat-ubatan, snek, dan botol air boleh menjadikan perjalanan panjang lebih selesa.

Bayangkan diri anda menikmati perjalanan yang santai semasa perjalanan Raya anda.

Tips: Plan untuk perjalanan yang bebas stres dan menyeronokkan dan kongsikan kepada follower anda untuk rekomendasi perjalanan balik kampung yang bijak.

Resipi Kuih Raya

Bersedia untuk membuat Kuih Raya kegemaran anda dan kongsikan resepi biskut raya yang mudah untuk diikuti kepada pengikut anda. 

Jika anda tidak pasti bagaimana hendak mulakan video anda, lihatlah Instagram Reel Khairul Aming di mana beliau merekod video resipi tart Cadbury di dalam 20 saat.

Tips: Pastikan resepi anda begitu sedap sehingga pengikut anda tidak sabar untuk mencuba resipi kuih raya anda!

Bagaimana untuk mendapatkan lebih banyak klik pada pautan Involve anda?

Untuk mempromosikan pautan affiliate anda secara berkesan, pilihlah produk yang memenuhi keperluan audiens anda.

Jangan lupa untuk memberi tumpuan kepada ciri-ciri unik atau kelebihannya yang membuatkan produk tersebut menonjol.

Buatlah kandungan yang menarik, seperti penulisan di dalam blog, posting di media sosial, atau konten video untuk mempamerkan produk yang anda ingin promosikan.

Jangan lupa untuk kongsikan pautan affiliate anda pada setiap konten yang anda promosikan dan galakkan follower anda untuk klink pautan tersebut.

Dengan mengikuti tips-tips yang dikongsikan, anda akan meningkatkan peluang kejayaan dalam mempromosikan pautan affiliate anda dan mendapatkan komisen.

Semoga tips yang diberikan memberi manfaat kepada anda untuk meningkatkan lagi komisen affiliate anda menjelang sambutan Hari Raya ini.

Apakah yang anda tunggu lagi?

Share this article

More Articles BM