Pernah tak anda terpikir-pikir macam mana pencipta konten (content creators), penulis blog (bloggers), pengaruh media sosial (YouTubers & Influencers) ni menjana duit dalam talian?
Setiap pencipta konten (Content Creators) mempunyai strategi mereka yang unik untuk menjana pendapatan dalam talian, tetapi mengikuti trend terkini sebahagian daripada aliran pendapatan online mereka datang daripada Affiliate Marketing.
Dalam artikel ini,kami akan membentangkan semua perkara yang anda perlu tahu tentang Affiliate Marketing:
1. Apa itu Affiliate Marketing?
2. Apa Affiliate Marketer lakukan?
3. Berapa banyak Affiliate Marketer peroleh?
4. Contoh Affiliate Marketers yang berjaya membuat duit
5. Macam mana nak mulakan Affiliate Marketing?
Jom kita start:
Apa itu Affiliate Marketing?
Affiliate Marketing merupakan satu medium untuk anda mempromosikan produk dan servis dalam talian melalui pautan link yang unik.
Anda boleh mendapatkan komisen jualan bagi setiap pembelian yang berjaya dibuat melalui pautan link anda. Segala proses ini dikenali sebagai affiliate marketing dan ianya salah satu cara untuk anda dapatkan wang secara dalam talian, terutamanya untuk pengaruh media Influencers media sosial, YouTubers dan pemilik website.
Apakah yang seorang Affiliate Marketer lakukan?
Affiliate Marketer (atau Partner) memperoleh komisen daripada mempromosikan produk atau servis daripada pihak ketiga secara online.
Berikut merupakan cara Affiliate Marketer membuat duit dalam talian:
Mudah je! Tetapi berapa banyak hasil jualan yang kita dapat jangkakan daripada Affiliate Marketing ini? Mari kita lihat:
Berapa banyak komisen Affiliate Marketer perolehi?
Affiliate Marketers yang mempunyai prestasi yang baik boleh menjana sebanyak USD 500 hingga USD 2,300 sebulan. Namun demikian, jumlah ini akan berbeza mengikut kemahiran dan kualiti penonton masing-masing.
Berikut merupakan contoh Partner membuat duit melalui Affiliate Marketing.
Contoh Affiliate Marketing
Contoh Partner: Affiliate Marketing di Laman Web
Nasi Lemak Tech (NLT) merupakan sebuah laman web yang membincangkan tentang teknologi gadget:
Salah satu contoh NLT mempamerkan affiliate link di laman web mereka adalah menerusi blog review berkenaan dengan Samsung Soundbar Q800B (HW-Q800B).
Artikel yang ditulis adalah sangat komprehensif dan bermanfaat, sekaligus membantu para pembaca untuk membuat keputusan pembelian dengan menyenaraikan kebaikan dan keburukan produk.
Di penghujung artikel tersebut, NLT memasukkan senarai pasaran-pasaran di dalam talian dan affiliate links di mana pembaca dapat membeli soundbar dengan mudah.
Dengan itu, jika terdapat pembaca mereka membeli soundbar tersebut melalui pautan NLT, maka mereka akan menerima komisen jualan.
Mudah kan? Bagaimana pula jika anda tidak mempunyai laman web tapi masih ingin membuat Affilaite Marketing?
Jangan risau! Contoh di bawah akan mengajar anda bagaimana untuk mempromosikan pautan affiliate tanpa laman web dan hanya menggunakan media sosial percuma seperti Facebook.
Contoh Partner: Affiliate Marketing di Laman Facebook yang Percuma
My Great Sales ialah sebuah laman Facebook yang mempromosikan tawaran online yang terkini. Pemilik laman ini, Wendy, kerap melayari internet untuk mencari tawaran-tawaran dalam talian dan menyusun segala tawaran tersebut di laman Facebooknya.
Wendy akan memasukkan pautan affiliate yang diperolehi ke dalam setiap kontennya untuk membolehkan beliau menerima komisen affiliate setiap kali pengikut Facebooknya klik pautan affiliatenya dan membuat pembelian.
Wendy menggalakkan pengikutnya untuk kumpul dan tebus bonus Lazada mereka di salah satu post Facebooknya, pada 3 Januari.
Apa yang membuatkan laman Facebook Wendy popular dan menerima klik yang banyak?
- Tawaran-tawaran terkini dikumpulkan di dalam satu halaman yang senang dijumpai (Laman Facebooknya)
- Diskaun dan butiran promosi untuk para pembeli-pembeli diketengahkan
- Berkongsi tangkapan screenshots shopping cart bagi membuktikan pemotongan harga selepas penggunaan promo code.
Klik sini untuk membaca pengalaman Wendy menjana wang dengan hanya mempromosikan tawaran dan kupon di dalam talian di dalam laman Facebooknya, My Great Sales.
Jika anda telah sampai ke tahap ini, anda sudah pasti berminat membuat duit secara dalam talian melalui affiliate marketing.
Langkah pertama yang anda perlu lakukan adalah dengan mendaftarkan diri sebagai Partner bersama Involve.
Berikut merupakan cara untuk anda menjadi Partner Involve.
Bagaimana Cara Saya Mendaftar untuk Affiliate Marketing?
Langkah pertama: Daftar sebagai Involve Partner
Klik sini untuk ke halaman pengisian butiran-butiran akaun yang diperlukan.
Langkah Kedua: Isi ‘Account Details’ dengan lengkap
Langkah Ketiga: Isikan butiran property anda di dalam ‘Property Details’
‘Property’ merujukkan laman web atau akaun media sosial yang diurus oleh anda.
Isikan jenis ‘property’ yang anda berminat untuk daftarkan dan kami akan padankan anda dengan jenama yang sesuai untuk anda promosikan.
Syarat | Istilah Mudah | Contoh |
Jenis Property | Platform apa yang orang selalu ikuti anda?Contohnya, penulis blog (blogger) dan pengaruh media sosial (Influencers), pilih Konten atau Influencer | KontenKuponPengaruh Media SosialLoyalti |
Kategori Property | Kemahiran anda (atau pengkhususan) atau topik | Kecantikan & KesihatanElektronikFesyenBeli-belah |
Langkah Keempat: Cipta akaun anda
Sila tandakan setuju di bahagian bawah borang, dan klik pada butang ‘Create Account’.
Permohonan anda akan diluluskan dalam masa 2-3 hari bekerja. Semak e-mel anda daripada Involve untuk mendapatkan kemaskini status permohonan anda.
Setelah diluluskan, anda boleh mula mempromosikan tawaran affiliates yang popular seperti Shopee dan Lazada atau produk kegemaran anda kepada followers anda.
Kami harap panduan ini akan membantu anda memulakan kerjaya anda dalam affiliate marketing serta menjana pendapatan tambahan dalam talian.
Bersedia untuk menjana pendapatan dalam talian? Klik di bawah untuk mendaftar sebagai Partner di Involve: