Adakah blog masih relevan pada tahun 2020? Dalam artikel ini, saya akan menerangkan kepada anda:
1. Menulis blog bukan sahaja masih relevan, tetapi Google lebih gemar blog berbanding laman arahan (landing page).
2. 4 cara anda boleh menjana wang dari blog anda.
3. Kaedah terbaik untuk mula menjana wang dari blog baru untuk newbies.
4. Apa yang anda boleh elakkan untuk memastikan kejayaan blog anda
Mari kita mulakan dengan saya menerangkan mengapa menulis blog masih relevan:
3 Sebab Kenapa Menulis Blog Penting Pada 2020
Anda rasa adakah netizen masih membaca blog pada tahun 2020? Menurut Optinmonster:
“77% pengguna Internet masih kerap membaca blog”
Trend menulis blog telah berubah arah. Ianya bukan lagi jurnal dalam talian untuk mengemas kini rakan anda dengan makanan yang anda makan pada hujung minggu seperti dulu kala. Media sosial telah mengambil alih peranan itu.
Jika anda hendak menjual sesuatu online, menulis blog untuk membantu prospek anda mengatasi masalah mereka adalah suatu strategi personal branding yang sangat bagus untuk jangka masa yang panjang.
Walaupun pengguna internet zaman sekarang suka menonton video, tidak semua pengguna boleh menonton video setiap masa.
Ada pengguna yang lebih gemar membaca. Foto oleh Eliott Reyna di Unsplash
Cuba bayangkan, mungkin ada pengguna yang berada di tempat kerja, dan hanya boleh membaca dan bukan menonton video.
Saya ingin menunjukkan 3 sebab lain mengapa anda harus memulakan blog terutamanya jika anda ingin menjana duit online melalui blog:
Sebab 1: Google Sukakan Blog – Kedudukan di Halaman Pertama Carian Google
Sekiranya anda Google “Affiliate Marketing”, semua hasil halaman pertama adalah blog:
Tangkapan skrin: Hasil carian halaman utama Google untuk kata kunci ‘Affiliate Marketing’
Kebiasaannya, hasil carian pada halaman pertama Google adalah artikel-artikel blog, dan bukannya landing page (halaman arahan).
Mengapa blog selalunya berkedudukan di halaman pertama? Ini disebabkan artikel blog menjawab pertanyaan spesifik pengguna Google.
Tidak percaya? Cuba anda membuat carian Google untuk kata kunci lain (keyword), misalnya:
-
Memandu ke Singapura
-
Kereta terbaik untuk pasangan pengantin
Hampir kesemua hasil carian pada muka utama Google adalah blog. Inilah sebab pertama, kenapa artikel bukan setakat relevan, tetapi sangat penting untuk dedahan bisnes anda kepada pengguna Google.
Sebab 2: Menaikkan Personal & Company Branding
Kebanyakan bisnes pada tahun 2020 menggunakan blog sebagai platform untuk mencari pelanggan baru.
Mengikut statistik, syarikat yang membuat blog mendapat 97% lebih banyak pelanggan daripada yang tidak.
Kebanyakan blog adalah artikel yang mendidik dan membantu menyelesaikan masalah prospek dan selanjutnya memperoleh kepercayaan prospek untuk membeli produk atau servis yang ditawarkan.
Sebagai contoh, Paul Tan merupakan seorang blogger yang meminati topik kenderaan. Paul Tan menulis banyak artikel mengenai kereta di Malaysia sehingga peminat-peminat kereta di Malaysia mengenali Paul Tan sebagai pakar didalam industri otomotif negara:
Blog Paultan.org yang telah menjadi lubuk informasi bagi industri otomotif Malaysia
Disebabkan ramai yang mengenali blog Paul tan dan sering dipetik oleh pengguna online lain, ini akan memberi isyarat kepada Google bahawa blog Paul Tan adalah lubuk informasi berkualiti mengenai topik otomatif di Malaysia.
Jika ada pengguna Google membuat carian mengenai topik otomatif di Malaysia, blog Paul Tan diberikan kedudukan yang tinggi di carian Google:
Blog Paul Tan pada kedudukan pertama jika pengguna internet mencari informasi mengenai kereta di Malaysia
Pelanggan anda tidak akan membeli dengan anda, sekiranya mereka tidak percaya dengan brand anda. Oleh itu, blog membantu prospek untuk mengenali jenama anda dan memperoleh kepercayaan mereka untuk membeli atau mengiklan dengan anda.
Sebab 3: Mengawal Content Anda Dengan Sepenuhnya
Walaupun anda mempunyai berjuta pengikut di Instagram atau Facebook,realitinya, anda sebenarnya tidak boleh mengawal pengikut anda sepenuhnya kerana syarikat media sosial boleh mengubah terma & syarat mereka pada bila-bila masa.
Sebagai contoh, MySpace:
Masih ingat MySpace? (Foto hiasan: Web Design Museum)
MySpace pernah menjadi platform media sosial terhebat pada awal tahun 2000-an. Tetapi ia tidak digunakan lagi sejak pengguna meninggalkan MySpace dan berpindah ke Facebook yang lebih mesra pengguna.
Jadi jika anda mempunyai pengikut di media sosial di Facebook, dan ianya menjadi seperti Myspace; anda terpaksa membina semula pengikut anda dari mula pada media sosial baru.
Tetapi, apabila anda memiliki laman web sendiri atau blog, anda adalah pemilik kekal content dan dapat mengawal pengikut anda sepenuhnya.
Selagi anda membayar caj hosting setiap tahun, blog dan content tersebut akan sentiasa menjadi milik anda.
Baiklah, saya sudah membuktikan dengan 3 sebab kenapa anda masih perlu membuat blog pada tahun 2020. Sekarang saya akan tunjukkan cara untuk menjana wang dari blog:
4 Cara Anda Boleh Membuat Duit Dengan Blog
Terdapat 4 cara untuk memonetasikan blog anda. Saya akan mulakan dengan cara yang paling menguntungkan (tetapi paling susah):
Menjana Duit Dari Blog Cara 1: Menjual Produk atau Servis Sendiri
Antara kaedah terbaik untuk menjana duit melalui blog adalah dengan menjual produk atau servis anda sendiri.
Sebagai contoh, blogger dari Amerika Syarikat, Pat Flynn yang merupakan antara Affiliate Marketer terhebat di dunia.
Pat menjual kursus online melalui blognya. Pat Flynn memperoleh pendapatan US$ 203,219. pada tahun pertama. Inilah rupa halaman webnya:
(Blog Smart Passive Income)
Menjual produk atau servis sendiri merupakan impian orang ramai. Malangnya, selagi anda tidak mempunyai pengikut yang ramai, menjual produk sendiri online bukan mudah kerana personal branding anda masih belum terbina.
Mari beralih ke cara ke-2 untuk menjana wang dari blog anda:
Menjana Duit Dari Blog Cara 2: Mendapatkan Sponsor
Mendapatkan Sponsor bermaksud anda dibayar untuk membuat content review produk atau servis daripada pengiklan.
Contoh: Jessica Chaw merupakan seorang blogger kecantikan yang mempunyai pengikut yang meminati content blognya.
Jessica telah berjaya membina personal branding yang kukuh sehingga Jenama-jenama besar mula menghubunginya untuk menulis review mengenai produk mereka.
Brand-brand ini bersedia untuk membayar blogger kecantikan seperti Jessica, untuk mendekati pengikut Jessica dan secara tidak langsung meningkatkan penjualan mereka.
Lihat contoh sponsored content Jesssica:
(Foto hiasan: Jessica Chaw)
Cetaphil, sebuah jenama penjagaan kulit, menaja Jessica beberapa produk (lihat gambar di atas). Jessica perlu membuat review content produk tajaan tersebut dan mempromosikan kepada pengikut setianya.
Siapa yang tidak suka dibayar untuk membuat content review produk-produk kegemaran?
Sayang sekali, sama seperti menjual produk atau servis sendiri, anda tidak akan mendapat sponsor bagi blog baru yang tidak mempunyai pengikut tetap (sekurang-kurangnya 10,000 pembaca sebulan).
Ini membawa kita ke kaedah ke-3 untuk memonetasikan blog anda sebagai newbie di Malaysia:
Menjana Duit Dari Blog Cara 3: Meletakkan Iklan
Meletakkan iklan di laman web anda adalah normal di kalangan blogger, terutama bagi newbies.
Sama seperti iklan-iklan yang ada di surat khabar dan majalah kegemaran anda, Blogger juga boleh meletakkan iklan di laman web mereka.
Kebiasaannya, iklan paparan boleh diletakkan pada tajuk utama (header), sidebar, footer, dan di dalam content anda.
(Blog peribadi: Iman Abdul Rahim)
Jika blog anda mempunyai pengunjung yang banyak setiap bulan, anda boleh berunding dengan Pengiklan (Advertiser) untuk menyewakan ruang penempatan iklan di blog anda.
NAMUN jika anda baru memulakan blog, ia agak susah kerana anda tidak mempunyai personal branding dan saiz pengikut yang padu untuk meyakinkan syarikat.
Jadi solusi yang mudah untuk masalah newbie adalah dengan menggunakan rangkaian iklan (Ad Network) seperti Google Adsense.
Google Adsense akan meletakkan iklan di tempat yang bersesuai secara automatik pada blog anda. Kebanyakan iklan adalah Pay Per Click (PPC).
Pengiklan (Advertiser) akan membayar Google Adsense untuk setiap klik yang dijana dan anda sebagai Penerbit (blogger) akan menerima sebahagian kecil daripada untung itu.
Malangnya, kebanyakan blogger mengaku bahawa pulangan Iklan Paparan ini hanyalah kecil jika dibandingkan dengan kaedah penjanaan wang yang lain.
Selain itu, cara dan kuantiti iklan mempengaruh kebolehbacaan blog anda. Lihat contoh tangkapan skrin pada satu blog yang mempunyai terlalu banyak iklan:
(Tangkapan Skrin: Coredna)
Ketiga-tiga cara menjana duit dari blog yang disenaraikan di atas, agak susah untuk dicapai oleh blogger baru. Jadi, cara yang paling mudah untuk menjana duit dari blog baru adalah:
Menjana Duit Dari Blog Cara 4: Affiliate Marketing Paling Senang!
Affiliate Marketing adalah cara yang paling senang untuk menjana pendapatan bagi blogger baru. Tetapi, apakah itu Affiliate Marketing?
Affiliate Marketing adalah komisen yang anda peroleh daripada mempromosikan produk mahupun servis orang lain secara online.
Bagaimana Affiliate Marketing berfungsi?
1. Anda perlu menjanakan link Affiliate untuk setiap produk atau servis yang ingin anda promosikan.
2. Hasilkan content mengenai produk untuk dipromosikan. Sebagai contoh: video review produk dan letakkan link Affiliate di dalam content anda.
3. Share kan content anda pada pengikut anda.
4. Jika salah seorang pengikut anda klik pada link tersebut dan membuat pembelian online untuk produk itu, anda akan menerima komisen dari Pengiklan.
Mari kita lihat contoh seorang travel blogger, Fana Halim.
Fana membuat review mengenai pengalaman travel beliau dan mengesyorkan pengikutnya di hotel mana yang harus dikunjungi. Link ke hotel merupakan link Affiliate.
Jika pengikut Fana klik pada link Affiliate dan membuat tempahan, Fana akan mendapat komisen. Lihat dimana Fana meletakkan link Affiliatenya:
(Tangkapan skrin: Fana Halim)
Senang kan? Klik di sini untuk mendaftar sebagai Penerbit (Publisher) untuk memulakan perjalanan anda sebagai seorang Affiliate Marketer.
Sekarang saya telah menjelaskan bahawa Affiliate Marketing adalah salah satu kaedah yang paling senang untuk mula menjana wang di blog baru anda, sekarang saya nak kongsikan 5 langkah kami yang terbukti berkesan untuk meningkatkan peluang anda untuk berjaya dengan blog:
5 Langkah Bagi Menjayakan Blog Anda Dengan Affiliate Marketing
Setelah bekerjasama dengan pelbagai blogger selama bertahun-tahun, kami berjaya mencungkil beberapa tips bagaimana anda juga boleh blog dengan affiliate marketing.
Anda nak tahu rahsia kejayaan Affiliate Marketing? Teruskan membaca:
LANGKAH 1: Pilih Niche & Terus Kekal Dengannya
Sebelum memulakan blog, anda perlu memilih satu topik untuk blog anda. Topic ini merupakan niche anda. Anda perlu menghasilkan content yang komprehensif mengenai niche anda, boleh mengeksperimen, tetapi jangan lari terlalu jauh dari topik.
Contohnya, seorang blogger fesyen hanya akan membuat content mengenai fesyen. Seorang blogger kereta hanya akan menceritakan tentang hal berkaitan dengan kereta.
Niching down: Sekiranya anda ingin memulakan blog resipi memasak, itu adalah market yang sangat kompetitif. Anda bakal bersaing dengan blog-blog resepi yang ternama.
Jadi, untuk ada harapan untuk bersaing dengan blog-blog besar dalam blog resipi, anda boleh cuba untuk memilih tajuk yang lagi spesifik (niche down).
Sebagai contoh; Daripada anda menulis blog memasak yang terlalu umum, anda boleh membuat blog mengenai resipi menggunakan air fryer dengan hanya RM7 bagi setiap hidangan.
Ilustrasi niching down boleh digambarkan dibawah:
Masih buntu untuk memilih niche yang sesuai untuk blog anda?
Teruskan membaca:
Cara Memilih Niche dengan konsep Jepun, Ikigai:
Ikigai adalah salah satu cara yang sering disebut ramai blogger bagi memilih niche untuk blog anda. Ia membantu untuk mencari solusi anda dengan:
Pilih topik yang anda tahu
Anda sekurang-kurangnya perlu tahu serba sedikit mengenai topik yang anda pilih. Atau sekurang-kurangnya, berupaya membuat kajian untuk topik tersebut supaya anda mampu mendidik pembaca anda mengenai topik tersebut.
Pilih topik yang anda gemari
Anda perlu memilih topik yang anda gemari bagi meneruskan momentum blog anda dalam jangka panjang.
Pilih topik blog yang sedang dicari oleh netizen
Pemilihan topik ini bukan sahaja perlu memilih topik yang anda seorang sahaja yang meminati tetapi ia juga perlu diminati oleh ramai orang lain juga.
Pilih topik yang menguntungkan
Topik yang diminati orang ramai dan mereka sanggup membayar untuk produk atau servis yang berkaitan dengan topik blog anda.
LANGKAH 2: Menghasilkan Content Yang Membantu Orang Lain
Cara terbaik untuk membuat content yang akan mendapat klik adalah dengan menghasilkan content yang menjawab soalan yang ditanya netizen.
Contohnya, jika anda mempunyai blog mengenai travel di Malaysia, fikirkan cara terbaik untuk mengumpan pengunjung untuk melawat blog anda.
Sekiranya saya bercadang untuk melancong ke Pulau Pinang dan Google mengenai aktiviti apa yang boleh dilakukan, berikut adalah beberapa tajuk artikel yang saya akan klik:
- Aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Pulau Pinang selama 3 Hari.
- Restoran Cina Halal Terbaik di Pulau Pinang.
- 3 Tempat Mendaki Terbaik Kurang Dari 1 Jam Dari Pulau Pinang.
Cuba Google “Aktiviti menarik di Pulau Pinang”:
Google akan memberikan cadangan topik kepada anda yang boleh dijadikan content blog anda secara percuma.
LANGKAH 3: Daftar sebagai Penerbit di Affiliate Network (Involve)
Setelah anda memilih niche dan membuat banyak content didalam niche anda, sudah tiba masanya untuk menjana duit dengan mendaftar sebagai Penerbit dengan Affiliate Network seperti Involve.
Involve adalah rangkaian Affiliate terbesar di Asia Tenggara dengan lebih daripada 1,500 jenama tempatan untuk anda promosikan.
Involve memudahkan anda mencari produk untuk dipromosikan dan menjejaki semua conversion anda dalam satu platform yang memudahkan.
Sertailah Involve Asia sebagai Penerbit: Klik disini.
LANGKAH 4: Pilih Produk untuk Dipromosikan & Menghasilkan Affiliate Link Anda
Setelah akaun Penerbit anda diluluskan oleh Involve Asia, anda boleh mula menghasilkan Affiliate Link dan memasukkan link tersebut di dalam content anda.
Log masuk ke dashboard Involve anda dan hasilkan Affiliate Link anda untuk produk yang ingin anda promosikan:
Masukkan Affiliate Link anda ke dalam content blog anda dan mula mempromosikannya pada pengikut anda.
Involve akan menunjukkan prestasi pemasaran anda. Dari berapa klik, kepada berapa penjualan yang anda menjanakan kepada Pengiklan dan juga paling penting, berapakah komisyen anda:
LANGKAH 5: Promosikan Content Anda
Ini adalah 3 cara untuk meningkatkan kebarangkalian content anda ditemui:
Semakin banyak pembaca yang di blog anda, semakin besar peluang pembaca akan klik pada Affiliate Link anda dan membeli barang yang anda promosikan.
- SEO: Anda akan dijumpa secara organik kerana kandungan anda menjawab pertanyaan orang di Google.
- Iklan Berbayar: Anda meletakkan iklan di Google dan media sosial.
- Media Sosial: Mengongsikan content anda di platform media sosial anda dan berinteraksi dengan pengikut anda untuk megembangkan profil anda.
Kami akan mengongsikan cara yang lebih teliti untuk setiap cara menarik pengunjung ke blog anda pada artikel yang akan datang. Pastikan anda melanggan buletin emel kami disini.
Konklusi: Membuat Duit Dari Blog
Membuat duit dari blog bukanlah tugas yang mudah. Tetapi, ia akan menjadi mudah sekiranya anda mengikuti cara dan langkah yang telah kami sediakan dengan teliti.
Anda sudah bersedia untuk membuat duit melalui blog anda? Klik pada butang di bawah untuk mendaftar sebagai Penerbit dengan Involve: