3 Cara Untuk Buat Duit Dengan Shopee

3 Cara Untuk Buat Duit Dengan Shopee

Table of Contents

Korang tahu tak yang korang boleh buat duit dengan Shopee? Haa, kalau tak percaya jom ikuti artikel ini.

Kali ini, kami akan menerangkan: 

  1. Apa itu Shopee?
  2. 3 cara korang boleh buat duit dengan Shopee

Jom mulakan!

Apa Itu Shopee?

Shopee logo

Shopee adalah satu platform e-commerce dimana pembeli dan penjual boleh membeli dan menjual produk secara online.

Pada tahun 2023, Shopee telah merekodkan sebanyak 34 juta jam livestreaming dan jualan secara online

Jadi, di sini kita dapat buktikan yang ramai pengguna suka membuat pembelian secara online di Shopee dan kalau korang belum sign up dengan mana-mana program affiliate, inilah masanya!.

Jom kita tengok tiga (3) cara korang boleh buat duit dengan Shopee:

 

3 Cara Korang Boleh Buat Duit Dengan Shopee

  1. Menjual produk sendiri
  2. Dropshipping
  3. Affiliate Marketing (paling senang untuk newbies).

 

Mari kita lihat langkah yang pertama: 

  1.  Menjual Produk Sendiri

Cara yang paling menguntungkan adalah dengan menjual produk sendiri. Korang boleh mendapat kesemua hasil jualan kerana segala proses dilakukan oleh korang, daripada pengambilan stok barang ke shipping process.

Kelebihan

Kekurangan

Pendaftaran percuma

Persaingan sengit dengan jenama lain

Tidak perlu mempunyai lesen perniagaan SSM

Terdedah dengan scam pembelian atas talian

Banyak pembeli yang selesa menggunakan Shopee

Perlukan back up dan tidak boleh bergantung menjual produk di Shopee sahaja

Tidak perlu bersemuka dengan pembeli secara fizikal

Kena jaga imej/rating sebagai seorang seller

 

Jom tengok contoh kat bawah macam mana korang boleh mulakan jual produk sendiri di Shopee:

shopee-hygr

Hygr merupakan sebuah brand lokal yang menjual produk penjagaan kulit seperti deodoran, lip balm, facial oil, dan banyak lagi.

Selain mempunyai website, dan media sosial untuk mempromosikan produk mereka, Hygr turut mempromosikan produk mereka di Shopee untuk menjana lebih banyak sale. 

Disebabkan Hygr adalah produk lokal yang baru, oleh itu tidak banyak reseller yang lain menjual produk ini di platform Shopee. Jadi persaingan kurang di situ.

shopee-hygr2

Hygr mempunyai signature scent deodoran mereka sendiri yang membuatkan ramai pelanggan gemar membuat pembelian di Shopee

Macam mana nak menonjolkan produk korang seperti Hygr? Jangan terhadkan penjualan ada di satu platform sahaja. 

Gunakan media sosial korang untuk mencipta brand korang dan menarik ramai lagi orang untuk mencuba produk korang!

 

Dropshipping

Kalau korang tak tahu macam mana nak mulakan produk sendiri, apa yang korang boleh buat ialah cari satu produk yang korang suka dan mula menjadi pembekal (dropship) di Shopee!

Dropshipping adalah cara perniagaan di mana korang menjadi ejen jualan online kepada produk atau servis orang lain.

proses dropship

Sebagai seorang dropshipper, korang secara automatik akan menjadi orang tengah di antara pembekal dan pembeli.

Suka buat bisnes online tanpa mengeluarkan modal besar? Jom kami ajar cara buat dropship di Shopee.

 

Pilih produk yang korang nak jual

Pertama sekali, korang kena decide produk apa yang korang rasa tengah in trend dan ada permintaan tinggi. Cara nak tahu sangat mudah, korang log masuk ke dalam Shopee, filter kategori, ratings, review dan tengok produk mana satu yang korang nak jual!

Cari supplier/penjual yang betul

Selepas dah tahu produk apa korang nak jual, sekarang korang kena mulakan “supplier hunting”, cari mana-mana supplier yang korang senang berurusan, menawarkan harga yang rendah, dan yang paling penting sekali produk yang korang beli mestilah berkualiti!

Promosikan produk korang

Okay, produk dah sampai, korang cuma perlu promosikan produk korang tersebut dan sediakan packaging yang menarik untuk pembungkusan setelah order masuk nanti. 

Selain menjual di Shopee dan tunggu order masuk, korang boleh juga gunakan media sosial untuk bagitahu kepada orang ramai tentang produk korang. Ini boleh meningkatkan jualan korang dan menambah lagi side income!

Korang masih tak tahu sama ada nak jual produk sendiri atau buat dropship. Jangan risau, inilah masanya untuk korang cuba buat side income dengan Affiliate Marketing!

Affiliate Marketing

Affiliate Marketing adalah proses di mana korang boleh dapat komisen apabila korang promosikan produk atau servis brand yang berdaftar di bawah platform yang menawarkan Affiliate Marketing ini dan berjaya mendapat jualan. 

Semuanya boleh dibuat secara online dan korang hanya perlu kreatif di dalam mencipta konten korang.

Involve Asia menyediakan platform affiliate dengan lebih dari 500 brands dari pelbagai kategori yang korang boleh promosikan!

involve asia logo

Nak tahu caranya? Ikuti langkah ini:

  1. Layari https://app.involve.asia/v2/login untuk mendaftar akaun baru.
  2. Selepas akaun diluluskan, korang boleh pilih brand yang korang ingin promosikan, apply offer dan generate link affiliate
  3. Jangan lupa untuk hasilkan konten yang menarik, sama ada melalui tulisan atau video pendek!

FYI, korang juga boleh promote Shopee dengan Involve Asia. Jom tengok contoh di bawah macam mana nak dapatkan komisen affiliate dengan Involve!

Contoh Mulakan Affiliate Marketing Dengan Shopee di Involve Asia

Pertama sekali, korang kena tentukan produk apa yang korang nak promosikan. Misal kata korang suka make up. Jadi, cari produk yang korang suka sampai jumpa dan copy link produk tersebut.

Shopee-TKBlush

Kemudian, pergi ke dashboard Involve, cari “Create Deeplink” dan masukkan link yang korang copy tadi untuk generate link affilite korang.

Shopee-TKBlush-generate-link

Setelah selesai, korang dah boleh mula gunakan link affiliate tersebut dan share dengan followers korang di media sosial!

Shopee-TKBlush-generate-link

Caranya sangat mudah. Pertama sekali korang kena buat caption atau post yang menarik, masukkan sekali gambar produk tersebut, dan jangan lupa untuk share sekali korang punya link affiliate.

Korang akan dapat komisen apabila ada orang membuat pembelian melalui link affiliate korang dan semuanya boleh dilihat di dashboard Involve.

Kami harap tips ini sedikit sebanyak dapat bantu korang untuk menjana side income bersama Shopee. 

Kalau korang teringin nak jadi affiliate dan dapat komisen tidak terhad dengan Shopee sahaja, jom daftar dengan Involve Asia.

Selamat maju jaya!

Share this article

More Articles BM