Cara Untuk Buat Side Income dengan Live Streaming

Cara Untuk Buat Side Income dengan Live Streaming

Table of Contents

Adakah anda tahu yang live streaming merupakan salah satu cara untuk anda buat side income?

Dua faktor yang membuktikan keberkesanan Live Streaming:

  1. Berbanding video pra-rakaman anda, Live Streaming dapat menampilkan diri anda yang sebenar kerana ianya lebih spontan
  2. Penonton akan terasa lebih dekat dengan anda dan dapat bersembang dengan anda secara langsung

Pada tahun 2022, jualan beli belah secara langsung di Asia Tenggara meningkat sebanyak 10 kali ganda hingga US$13 billion, dengan 44% pengguna internet terlibat secara aktif melalui live streaming. 

Live Streaming sangat memudahkan kerana pembeli dapat bertanya dan berinteraksi bersama penjual seolah-olah mereka berada di hadapan penjual. 

Bukan itu sahaja, peserta yang menonton live stream tersebut juga akan mendapat manfaat eksklusif seperti penghantaran percuma & baucar diskaun.

Kebanyakan orang suka menonton live streaming kerana medium ini membolehkan mereka untuk bertanya di ruangan komen dan mendapat respons yang pantas. Perkara ini menggalakkan mereka untuk membuat pembelian secara terus.

Kami akan kongsikan di dalam artikel ini beberapa tips untuk anda memulakan kerjaya sebagai live streamer. Jom kita mulakan!

Kenapa anda Patut Live Stream?

  • Penonton sertai live anda ketika anda mempunyai masa terluang untuk membuat live dan berkemungkinan tinggi untuk mendapatkan penonton yang mahu membeli barang rekomendasi anda.
  • Anda boleh menarik ramai lagi penonton melalui personaliti diri anda yang unik serta berinteraksi bersama penonton anda di dalam sesi Q&A live.

Semua sebab di atas dapat meningkatkan lagi jualan dalam talian anda. Tetapi apa manfaat penonton dapat setelah menyaksikan live stream anda? 

Untuk menarik perhatian mereka, anda perlu memberikan sesuatu luar biasa, contohnya:

  • Diskaun eksklusif atau hadiah percuma.
  • Sesi Q&A di mana penonton boleh berinteraksi dengan anda secara langsung dalam talian. 

Semua ini sahaja sudah mencukupi untuk anda membuat live stream yang kukuh sekaligus meningkatkan jualan dalam talian anda. Mari kita tengok contoh lain:

Sumber: Freepik

Sebab-sebab anda perlu melakukan live streaming:

  • Waktu untuk live streaming sangat fleksibel dan anda hanya perlu menjual barang rekomendasi bersama penonton anda ketika sesi live sahaja
  • Anda boleh menarik ramai lagi penonton melalui personaliti diri anda yang unik

Semua sebab di atas dapat meningkatkan lagi jualan dalam talian anda. Tetapi apa manfaat penonton dapat setelah menyaksikan live stream anda? 

Untuk menarik perhatian mereka, anda perlu memberikan sesuatu luar biasa, contohnya:

  • Diskaun eksklusif atau hadiah percuma daripada brand affiliate
  • Sesi Q&A di mana penonton boleh berinteraksi dengan anda secara langsung dalam talian

Semua ini sahaja sudah mencukupi untuk anda membuat live stream yang kukuh sekaligus meningkatkan jualan dalam talian anda. Mari ktia tengok contoh lain:

Misalnya, anda adalah seorang beauty influencer yang mahu berkongsi baucar pembelian facial mask Innisfree daripada Shopee. Jadi, untuk meningkatkan penglibatan penonton, jualan dan konversi melalui penstriman langsung, anda perlu:

  • Kongsikan feedback anda seteleh menggunakan facial mask dari Innisfree
  • Berikan sebab kenapa penonton anda perlu mendapatkan produk tersebut
  • Berinteraksi dengan penonton dan buat mereka merasakan seolah-olah mereka berada bersama anda
  • Akhiri live stream anda dengan pemberian produk secara percuma

Kebanyakan live streamer sering terlepas pandang akan kepentingan sesi soal jawab ketika live stream. Pastikan anda kerap berinteraksi dengan penonton, seolah-olah mereka berada bersama anda semasa penstriman berlangsung. 

Anda juga boleh bertanya soalan kepada penonton anda agar dapat memastikan sesi live stream anda seronok dan menarik.

Setelah anda menyusun rancangan anda, langkah seterusnya adalah standby kelengkapan yang diperlukan untuk live stream anda.

Kelengkapan Yang Anda Perlu Ada untuk Live Streaming

(Sumber Gambar: Freepik)

Antara kelebihan live stream adalah semuanya berlaku secara natural, tidak seperti video prarakam.

Penonton kebiasaannya tidak akan menjangkakan sebuah video yang teratur dan sempurna. Oleh itu, itu anda tidak perlu mengeluarkan banyak modal untuk membeli kamera yang mahal. 

Berikut merupakan idea untuk membolehkan anda bermula stream.

  • Peralatan Kamera: Webcam moden atau kamera telefon pintar anda sahaja telah mencukupi
  • Audio: Gunakan mikrofon eksternal supaya suara anda kedengaran lebih jelas. Terdapat juga pilihan mikrofon yang murah seperti lavalier & shotgun mic
  • Lighting: Gunakan cahaya semula jadi sahaja sudah mencukupi. Tetapi kalau anda anda duit lebih, anda boleh membeli ring light unutk lighting yang cantik
  • Sambungan Internet: Pastikan WiFi atau rangkaian selular anda stabil untuk mengendalikan live stream. Uji kelajuan internet anda dan pastikan ia mempunyai sekurang-kurangnya 8Mbps untuk striman HD.

Anda mungkin telah mempunyai sebuah telefon pintar dengan internet yang mencukupi, jadi membeli lampu pilihan anda & mikrofon eksternal hanya memerlukan pelaburan yang sedikit.

Sekarang anda tahu peralatan apa yang diperlukan, tindakan seterusnya adalah memilih platform yang sesuai untuk live stream:

Memilih Platform Live Stream yang Sempurna untuk Anda & Juga Penonton

Apakah platform yang sesuai untuk live stream anda? Facebook, Instagram, TikTok, atau YouTube?

Berikut adalah kriteria-kriteria yang anda perlu gunakan untuk memilih platform live streaming yang bagus:

  • Dapat menyokong video HD sepenuhnya dalam kualiti yang tinggi
  • Meluaskan jangkauan penonton anda menyiarkan stream serentak pada platform yang berbeza
  • Keselamatan dan privasi yang dilindungi dengan baik
  • Dapat menggunakan pilihan (seperti bahagian komen dan tinjauan pendapat) supaya dapat berinteraksi dengan penonton.
  • Dapat menyimpan video siaran agar boleh kongsikannya ke platform yang lain

Antara platform live-stream yang selalu digunakan ialah:

PlatformTempoh masa
rakaman
Ciri-ciri yang unikBoleh Muat Naik Video Selepas Live
YouTubeTiada had– Membuat video highlight
– Boleh edit durasi Live stream anda menjadi lebih pendek
– Jejaki metrik live stream 
– Buat tayangan video perdana
– Kongsikan trailer – sebelum live stream
– Jana keuntungan live stream anda dengan iklan
– Dapat menguruskan live chat dan captions
Ya
Facebook4 jam– Live Polls
– Pautan pilihan
– Live dalam Stories
– Live Comment Moderation
– Live Bersama
– Beli belah secara langsung
Ya
TikTokTiada Had– Jadualkan Live Stream anda yang akan datang dan promosikannya kepada penonton anda
LIVE Q&As: Lihat komen penonton anda dalam stream chat di panel sisi, ia juga mempunyai pilihan untuk memaparkan soalan yang akan anda jawab kepada penonton
– Moderator Tool: Tutup dan block pengguna daripada live chat dan tapis perkataan-perkataan yang tidak sesuai supaya ia tidak muncul di dalam chat
Ya
Instagram1 jam– Pin produk yang anda ingin promosikan berserta pautan link di dalam ruangan komen.
– Paparkan soalan penonton anda di skrin
Tambah filter Instagram di live stream dan ajak sesiapa sahaja untuk sertai live stream anda.
– Kongsikan gambar atau video anda menggunakan produk
Ya

Tiada platform live streaming yang sempurna, tetapi jika anda mempunyai pengikut media sosial yang ramai, ia merupakan satu permulaan yang bagus.

Berikut merupakan perkara yang anda perlu lakukan sebelum memulakan Live Streaming.

Persediaan Sebelum Memulakan Live Streaming yang Mantap

(Sumber Gambar: Freepik)

Strategi yang bagus dapat meningkatkatkan penglibatan penonton dan jualan anda.

5 perkara yang perlu diambil kira semasa anda Live:

  • Pilih waktu puncak untuk Live Stream bagi mendapat pendedahan yang lebih banyak.
  • Tunjukkan cara penggunaan dan kebaikan produk.
  • Pastikan penonton sentiasa fokus kepada Live Stream daripada awal hingga akhir dengan membuat pemberian hadiah percuma dan aktiviticabutan bertuah.
  • Patikan anda mempunyai seseorang untuk membantu anda memantau dan menjawabkan soalan di live chats
  • Masukkan pautan affiliate Involve anda di bahagian deskripsi dan live chat.

Lihat Bagaimana Partner Affiliate di Involve Membuat Live Streaming

Chu Hui – Influencer Kecantikan di Instagram 

Chu Hui mengendalikan live streamnya sebulan sekali – beliau akan memberi rekomendasi produk penjagaan kulit & produk solekan sementara menunjukkan bagaimana beliau bersiap sambil berinteraksi dengan pengikutnya.

(Sumber: Chu Hui)

Ketika bersolek, Chu Hui akan menjawab soalan pengikutnya seperti bagaimana keadaannya, pendapatnya tentang produk-produk tertentu dan petua dan teknik cara penggunaan produk tersebut.

Chu Hui akan menyimpan video live beliau dan kongsikannya di dalam laman sosialnya supaya pengikut beliau boleh sentiasa melihat live yang terdahulu.

Monaliza PC – Pencipta Konten Teknologi di Youtube

Monaliza PC mengendalikan live streamnya di channel YouTube di mana penontonnya dapat relaks ketika menonton dan bertanyakan soalan tentang elektroniks dan gaming.


Monaliza baru-baru ini melakukan live streamnya ketika jualan 3.3 di mana beliau menunjukkan laman jualan Shopee 3.3 dan memberikan rekomendasi produk untuk dibeli dengan diskaun yang bagus.

Monaliza PC membawa penontonnya ke laman jualan 3.3 Shopee sambil menjawab soalan-soalan penontonnya. (Sumber: Monaliza PC)

Beliau menjemput penontonya untuk bertanya soalan di live chat agar dia dapat menjawab setiap soalan mereka sebelum mereka membuat keputusan untuk membeli produk di Shopee.

Kami harap artikel ini dapat memberi inspirasi untuk anda mempromosikan produk kegemaran anda dan jana pendapatan affiliate melalui live stream di pelbagai paltform.

Mulakan live stream anda dengan mencari tawaran dan produk yang menarik di dalam konten anda.

Share this article

More Articles BM