Cara Menghasilkan Wang Secara Live Stream pada tahun 2023 (Berserta Contoh)

Table of Contents

Live Streaming’ merupakan metode transmisi data yang ditayangkan secara langsung dengan penggunaan internet. Cara live stream ini dapat membawa lebih banyak pengikut (Followers) dan meningkatkan pendapatan affiliate anda. Dua faktor yang membuktikan keberkesanan Live Streaming:

  1. Berbanding video pra-rakaman anda, Live Streaming dapat menampilkan diri anda yang sebenar kerana ianya lebih spontan
  2. Penonton anda akan terasa lebih dekat dengan anda dan dapat bersembang dengan anda secara langsung

Pada tahun 2022, jualan beli belah secara langsung di Asia Tenggara meningkat sebanyak 10 kali ganda hingga US$13 billion, dengan 44% pengguna internet terlibat secara aktif melalui live streaming. 60% penonton tersebut adalah daripada Vietnam dan Thailand yang berjaya membuat pembelian.

Live Streaming sangat memudahkan kerana pembeli dapat bertanya dan berinteraksi bersama penjual seolah-olah mereka berada di hadapan penjual. Bukan itu sahaja, peserta yang menonton live stream tersebut juga akan mendapat manfaat eksklusif seperti penghantaran percuma & baucar diskaun.

Tidak dinafikan bahawa Live Streaming dapat meningkatkan jualan. Jadi dalam artikel ini, kami akan kongsikan beberapa petua untuk memulakan kerjaya penstriman anda dengan alat & persediaan yang minimum sahaja!

Kenapa anda Patut Live Stream?

  • Penonton sertai live anda ketika anda mempunyai masa terluang untuk membuat live dan berkemungkinan tinggi untuk mendapatkan penonton yang mahu membeli barang rekomendasi anda.
  • Anda boleh menarik ramai lagi penonton melalui personaliti diri anda yang unik serta berinteraksi bersama penonton anda di dalam sesi Q&A live.

Semua sebab di atas dapat meningkatkan lagi jualan dalam talian anda. Tetapi apa manfaat penonton dapat setelah menyaksikan live stream anda? 

Untuk menarik perhatian mereka, anda perlu memberikan sesuatu luar biasa, contohnya:

  • Diskaun eksklusif atau hadiah percuma.
  • Sesi Q&A di mana penonton boleh berinteraksi dengan anda secara langsung dalam talian. 

Semua ini sahaja sudah mencukupi untuk anda membuat live stream yang kukuh sekaligus meningkatkan jualan dalam talian anda. Mari ktia tengok contoh lain:

(Sumber Gambar: Freepik)

Misalnya, anda adalah seorang pengaruh media sosial kecantikan yang memberikan baucar Shopee eksklusif topeng fasial Innisfree. Untuk meningkatkan penglibatan penonton dan menaikkan jualan dan konversi melalui penstriman langsung, anda perlu:

  • Menunjukkan pengalaman anda dalam menggunakan topeng kecantikan muka Innisfree
  • Berikan pendapat dan sebab kenapa semua pembeli dalam talian perlu mendapatkan produk tersebut
  • Berinteraksi dengan penonton dan buat mereka merasakan seolah-olah mereka berada bersama anda
  • Akhiri siaran langsung anda dengan pemberian produk secara percuma

Kebanyakan penstrim sering terlepas pandang akan kepentingan sesi soal jawab ketika live stream. Pastikan anda kerap berinteraksi dengan penonton, seolah-olah mereka berada bersama anda semasa penstriman berlangsung. 

Anda juga boleh bertanya soalan kepada penonton anda agar dapat memastikan sesi live stream anda seronok dan menarik.

Setelah anda menyusun rancangan anda, langkah seterusnya adalah menyediakan alatan dan lengkapan yang diperlukan untuk live stream anda.

Kelengkapan Teknologi yang Anda Perlukan untuk Live Streaming (Yang Tidak Mahal)

(Sumber Gambar: Freepik)

Antara kelebihan live stream adalah ia hanya memerlukan skrip kurang daripada sebuah video YouTube. 

Penonton kebiasaannya tidak akan menjangkakan sebuah video yang teratur dan sempurna, kerana itu anda tidak memerlukan kamera yang professional untuk membuat stream yang hebat. 

Berikut merupakan idea untuk membolehkan anda bermula stream.

  • Peralatan Kamera: Webcam moden atau kamera telefon pintar anda sahaja telah mencukupi
  • Audio: Gunakan Mikrofon eksternal adalah lebih digalakkan untuk menangkap suara anda dengan lebih jelas. Terdapat juga pilihan mikrofon yang murah seperti lavalier & shotgun mic
  • Lighting: Gunakan cahaya semula jadi dan beralih lokasi anda ke sebelah tingkap sahaja adalah pilihan yang percuma. Jika tiada, anda boleh membeli lampu cincin yang murah.
  • Sambungan Internet: Pastikan WiFi atau rangkaian selular adalah stabil & mempunyai lebar jalur yang mencukupi untuk mengendalikan live stream. Uji kelajuan internet anda dan pastikan ia mempunyai sekurang-kurangnya 8Mbps untuk striman HD.

Anda mungkin telah mempunyai sebuah telefon pintar dengan internet yang mencukupi, jadi membeli lampu pilihan anda & mikrofon eksternal hanya memerlukan pelaburan yang sedikit, sekurangnya USD40.

Sekarang anda tahu peralatan apa yang diperlukan, tindakan seterusnya adalah memilih platform yang sesuai untuk live stream:

Memilih Platform Live Stream yang Sempurna untuk Anda & Juga Penonton

(Sumber Gambar: Freepik)

Apakah platform yang sesuai untuk live stream anda? Facebook, Instagram, TikTok, atau YouTube?

Berikut adalah kriteria-kriteria yang anda perlu gunakan untuk memilih platform live streaming yang bagus:

  • Dapat menyokong video HD sepenuhnya dalam kualiti yang tinggi
  • Meluaskan jangkauan penonton anda menyiarkan stream serentak pada platform yang berbeza
  • Keselamatan dan privasi yang dilindungi dengan baik
  • Dapat menggunakan pilihan (seperti bahagian komen dan tinjauan pendapat) supaya dapat berinteraksi dengan penonton.
  • Dapat menyimpan video siaran agar boleh kongsikannya ke platform yang lain

Antara platform live-stream yang selalu digunakan ialah:

PlatformTempoh masa
rakaman
Ciri-ciri yang unikBoleh Muat Naik Video Selepas Live
Tiada had– Siarkan video live stream anda – versi Live stream anda yang pendek dan telah diedit
– Jejaki metrik live stream 
– Buat tayangan video perdana
– Kongsikan trailer sebelum live stream
– Jana keuntungan live stream anda dengan iklan dan Super Chat. 
– Dapat menguruskan live chat dan captions
Ya
4 jam– Live Polls
Featured Links
Live dalam Stories
Live Comment Moderation
Front Row
Badges
Live Bersama
– Beli belah secara langsung
Yes
Tiada Had– Jadualkan Live Stream anda yang akan datang dan promosikannya kepada penonton anda

LIVE Q&As: Lihat komen penonton anda dalam stream chat di panel sisi, ia juga mempunyai pilihan untuk memaparkan soalan yang akan anda jawab kepada penonton
– Alat Moderator: Tutup dan blok pengguna daripada live chat dan tapis perkataan
-perkataan yang tidak sesuai supaya ia tidak muncul di dalam chat.
Ya
1 jam– Pin produk yang anda ingin promosikan berserta pautan link pada seksyen komen.
– Paparkan soalan penonton anda di skrin–Tambah filter Instagram di live stream anda dan ajak sesiapa sahaja untuk sertai live stream anda.
– Kongsikan gambar atau video anda menggunakan produk.
Need to save video before publishing it

Tiada platform live streaming yang sempurna, tetapi jika anda mempunyai pengikut media sosial yang ramai, ia merupakan satu permulaan yang bagus.

Berikut merupakan perkara yang anda perlu lakukan sebelum memulakan Live Streaming.

Persediaan Sebelum Memulakan Live Streaming yang Mantap

(Sumber Gambar: Freepik)

Strategi yang bagus dapat meningkatkatkan penglibatan penonton dan jualan anda.

5 perkara yang perlu diambil kira semasa anda Live:

  • Pilih waktu puncak untuk Live Stream bagi mendapat pendedahan yang lebih banyak.
  • Tunjukkan cara penggunaan dan kebaikan produk.
  • Pastikan penonton sentiasa fokus kepada Live Stream daripada awal hingga akhir dengan membuat pemberian hadiah percuma dan aktiviticabutan bertuah.
  • Patikan anda mempunyai seseorang untuk membantu anda memantau dan menjawabkan soalan di live chats
  • Masukkan pautan affiliate Involve anda di bahagian deskripsi dan live chat.

Lihat Bagaimana Streamers Berjaya Lakukannya

Dengan pautan Affiliate Involve yang telah dikongsikan di dalam live stream video anda, anda boleh memperoleh antara 5% dan 30% daripada jualan yang berjaya. Pendapatan yang anda dapat akan berbeza mengikut betapa bagusnya penonton anda berinteraksi dengan video anda.

Mari kita tengok bagaimana Chu Hui dan Monaliza PC lakukan live streaming di channel mereka.

Chu Hui – Influencer Kecantikan di Instagram 

Chu Hui mengendalikan live streamnya sebulan sekali – beliau akan memberi rekomendasi produk penjagaan kulit & produk solekan sementara menunjukkan bagaimana beliau bersiap sambil berinteraksi dengan pengikutnya.

(Sumber: Chu Hui)

Di sambil membuat solekannya, Chu Hui akan menjawab soalan pengikutnya seperti bagaimana keadaannya, pendapatnya tentang produk-produk tertentu dan petua dan teknik cara penggunaan produk tersebut.

Chu Hui akan menyimpan video live beliau dan kongsikannya di dalam laman sosialnya supaya pengikut beliau tidak terlepas pandang dan sentiasa tahu akan situasi Chu Hui yang terkini.

Monaliza PC – Pencipta Konten Teknologi di Youtube

Monaliza PC mengendalikan live streamnya di Channel YouTube di mana penontonnya dapat relaks ketika menonton, berkomen dan bertanyakan soalan tentang elektroniks dan gaming.

Monaliza baru-baru ini melakukan live streamnya ketika jualan 3.3 di mana beliau menunjukkan laman jualan shopee 3.3 dan memberikan rekomendasi produk untuk dibeli dengan diskaun yang bagus.

Monaliza PC membawa penontonnya ke laman jualan 3.3 Shopee sambil menjawab soalan-soalan penontonnya. (Sumber: Monaliza PC)

Beliau menjemput penontonya untuk bertanya soalan di live chat agar dia dapat menjawab setiap soalan mereka sebelum mereka membuat keputusan untuk membeli produk di Shopee.

Beliau juga meletakkan pautan produk-produk yang beliau sarankan penontonya membeli di dalam deskripsinya. 

Kami harap artikel ini dapat memberi inspirasi untuk anda mempromosikan produk kegemaran anda dan jana pendapatan affiliate melalui live stream di pelbagai paltform.

Mulakan live stream anda dengan mencari tawaran dan produk yang menarik di dalam konten anda.

Share this article

More Articles BM