Featured Image - Cara Buat Duit Dengan TikTok Shop

Cara Buat Duit Dengan TikTok Shop

Table of Contents

Anda suka tengok TikTok? Pernah terbayang tak yang anda boleh buat duit dengan platform TikTok?

Caranya sangat simple! Anda hanya perlu berdaftar dengan platform affiliate yang sedia anda 

Nask tahu caranya? Teruskan membaca untuk dapatkan tips membuat duit dengan TikTok.

Apa Itu TikTok Shop

TikTok Shop logo

TikTok Shop membolehkan anda membeli produk terus melalui aplikasi TikTok di telefon pintar anda.

Sebagai seorang content creator, anda boleh berkongsi produk kegemaran anda danc post video anda, sertakan link affiliate TikTok Shop.

Kemudian, penonton anda boleh membeli barangan tersebut dengan mengklik ikon membeli-belah di bawah video anda.

Tetapi mari kita selami lebih mendalam. Kami akan menerangkan lebih lanjut apabila kita teruskan.

Macam Mana Nak Buat Duit Dengan TikTok Shop?

Bayangkan trend this or that. Jika anda mengikuti trend tersebut, yang mana satu yang anda akan pilih? Adakah anda ingin menjadi seorang seller atau content creator?

Pertama sekali, anda perlu tentukan sama ada anda ingin menjadi seller atau content creator di TikTok untuk mempromosikan sesuatu produk di TikTok.

Jika anda masih ragu-ragu nak mula dengan mana satu, jangan risau. Jom tengok penjelasan di bawah.

Perspektif Seller

Sebagai seorang seller, anda boleh menjual produk anda secara banyak melalui pemborong. Setelah itu, anda boleh mula menetapkan harga dan menjual dengan orang ramai.

TikTok Shop bukan sahaja satu platform, tetapi ianya ialah satu titik permulaan untuk mendapatkan keuntungan.

Macam Mana Nak Mula Jadi TikTok Shop Seller

  • Pertama sekali, daftar akaun TikTok Shop anda
  • Cari content creator yang popular dan bekerjasama dengan mereka untuk mendapatkan audiens yang lebih luas untuk meningkatkan jualan
  • Pilih content creator yang sesuai dengan brand anda
  • Pantau jualan anda
  • Komisen akan diproses secara automatik apabila jualan berlaku

Perspektif Content Creator

Jika anda suka buat konten video, anda boleh menjadikan akaun TikTok anda sebagai satu medium untuk menjana keuntungan melalui pendapatan affiliate.

Proses untuk menjadi TikTok affiliate adalah mudah. Anda hanya perlu mempromosikan sesuatu produk ke dalam video atau live stream anda dengan konsisten. Kemudian, anda boleh memperoleh komisen bagi setiap jualan yang berjaya dibuat melalui link affiliate anda.

Walaupun dengan jumlah follower yang kecil, anda boleh menarik orang ramai untuk membuat pembelian menerusi link anda dengan konten yang menarik, dengan menggunakan lagu-lagu yang trending.

Cara-Cara Buat Duit Sebagai TikTok Affiliate

  • Download TikTok dan buka akaun baru
  • Daftar sebagai TikTok affiliate

Sama ada anda menjual produk atau membuat konten, kedua-dua cara ini boleh menguntungkan anda dan membantu anda untuk menjana lebih banyak pendapatan.

Jika anda sudah berdaftar sebagai Partner di Involve, anda boleh mula berdaftar dengan program affiliate TikTok Shop, di mana anda boleh promosikan pelbagai brand dan pantau prestasi terkini di satu tempat.

Sertai Program TikTok Shop Affiliate Dengan Involve Asia

Involve-Asia-TikTok-Shop-Affiliate-Program

Anda boleh menyertai Program Affiliate TikTok Shop bersama Involve Asia sebagai partner affiliate. Program ini membolehkan anda mempromosikan pelbagai brand dan memantau prestasi mereka di satu tempat.

Program Affiliate TikTok Shop membolehkan untuk dapatkan komisen sebanyak 1.4% untuk setiap pembelian yang berjaya melalui link affiliate anda.

Cara-cara untuk mulakan:

  1. Log masuk ke dashboard Involve anda
  2. Pergi ke  Advertiser Directory dan cari “TikTok Shop”
  3. Kik “Apply”
TikTok-Shop-ADV-Directory-1024x483

Cara untuk dapatkan link affiliate:

  1. Layari offer page TikTok Shop
  2. Klik butang “Promote” tekan “Generate” untuk dapatkan link affiliate
TikTok-Shop-on-ADV-Directory-Generate-Link

Setelah link berjaya diproses, anda boleh mula untuk kongsikan link affiliate dengan follower anda di platform media sosial untuk mendapatkan lebih banyak komisen!

Tawaran TikTok Shop berbeza sedikit daripada tawaran brand-brand lain kerana anda hanya boleh mempromosikan halaman tertentu yang dipanggil halaman “Flash Sale” di TikTok Shop.

Untuk memahami bagaimana untuk memperoleh komisen dengan TikTok Shop, lihat contoh di bawah:

Windy berkongsi link affiliate TikTok Shopnya dengan follower Facebooknya. Dia memperoleh komisen apabila mereka klik link tersebut dan membuat pembelian melalui halaman “Flash Sale”.

Namun begitu, Windy tidak akan memperoleh komisen jika followernya mengunjungi halaman “Flash Sale” melalui link yang dikongsikannya, tetapi kemudian membuat pembelian di tempat lain dalam aplikasi TikTok.

Sila ingat bahawa terdapat tawaran eksklusif dan untuk masa yang terhad di Halaman Flash Sale. 

Untuk memastikan follower anda tidak terlepas jualan tersebut, anda boleh menggunakan elemen FOMO (Fear of Missing Out) dalam konten anda untuk meyakinkan mereka membeli dalam jangka masa tertentu.

Nota Penting

Anda kini boleh mempromosikan TikTok Shop di lima negara — Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand, dan Vietnam!

Kesimpulan

Sedia untuk menjana pendapatan tambahan? TikTok Shop menawarkan peluang yang hebat untuk buat duit sama ada dengan menjual produk atau mempromosikan produk orang lain. 

Jika anda adalah Partner di Involve, sertai Program Affiliate TikTok Shop untuk mempromosikan 

Jom mulakan hari ini!

Share this article

More Articles BM