Dalam artikel ini, kami akan membantu anda untuk mengetahui cara-cara untuk membuat pendapatan sampingan dengan mempromosikan produk kegemaran anda di TikTok.
Apa itu TikTok?
TikTok membolehkan anda berkongsi video 60 saat tentang apa sahaja yang anda ingin kongsikan dengan pengikut anda.
Ini adalah tempat di mana kebanyakan pengguna media sosial sekitar berumur 16 – 24 tahun.
TikTok juga mempunyai alat-alat untuk mengedit video yang mudah digunakan degan lebih banyak effect, template dan filter berbanding Instagram.
Oleh itu, anda juga boleh memuat naik video yang anda hasilkan di TikTok anda ke dalam akaun Instagram atau Facebook anda.
Tetapi kenapa anda perlu kongsikan konten anda di TikTok sedangkan anda sudah mempunyai akaun Instagram dan YouTube?
Mari kita lihat jadual di bawah untuk mengetahui lebih lanjut tentang perbezaan antara platform-platform yang ada di media sosial.
TikTok | Youtube | ||
Purata Tempoh Video | 15 saat – 10 min | Feed post: 60 saat IGStory: 15 saat Live Video: 60 min Reels: 90 saat | 15 min |
Keistimewaan Unik | Video editing, Live video, TikTok Shop, Filter, Lagu Trending, Share/Save | Live video, Group video & Filter AR | App Creator Studio, Live stream & Transkrip bertulis |
Sesuai Untuk | Tutorial, Panduan & Ulasan | Tutorials, Panduan & Ulasan | Tutorials, Panduan & Ulasan |
Cipta Strategi Di TikTok
Berikut adalah cara untuk melakukan pemasaran afiliasi di TikTok:
Seperti Instagram, anda hanya boleh meletakkan pautan Involve anda di “bio” TikTok anda.
Mari lihat beberapa link yang anda boleh gunakan untuk kumpulkan kesemua link affiliate anda di satu tempat:
- Shopple – Cipta & dapatkan pendapatan affiliate anda secara automatik dengan Involve
- Linktree – Halaman yang boleh digunakan untuk berkongsi apa-apa sahaja termasuklah link affiliate anda
- Milkshake – Website untuk anda kongsikan affiliate link anda dengan lebih teratur dengan layout yang cantik
- Beacons -Kongsi link affiliate & laman sosial media anda
Cara-Cara Untuk Mencipta Konten di TikTok
Berikut adalah 4 langkah tentang bagaimana membuat video TikTok yang menarik dan dapat membawa konversi yang konsisten.
Cari Niche Anda
Anda perlu tunjukkan bahawa anda minat dengan bidang anda supaya pengikut anda selalu berasa teruja untuk melihat video terbaru anda.
Kebarangkalian konten anda untuk muncul di halaman ‘For You Page’ adalah tinggi jika anda mempunyai engagement yang banyak.
Berikut adalah beberapa contoh Partner di Involve yang terkenal dalam bidang masing-masing di TikTok:
- Pakoi Official berkongsi tips dan ulasan produk mengenai Teknologi & Gajet yang mempunyai 850.4K like
- JiaOhJia mencipta penampilan solekan dan berkongsi rutin penjagaan kulit
- Wulan Wu kongsikan barang-barang di rumah & gaya hidup
- Carittaaa melakukan ulasan produk solekan
Jika anda baru mula menggunakan TikTok, cuba beberapa kategori sebelum anda tentukan kategori mana yang anda selesa untuk membuat konten.
Apabila video anda mula mendapat banyak trafik, anda boleh fokus untuk membuat video dalam kategori tersebut sehingga anda yakin yang itulah kategori yang sesuai dan pengikut anda suka.
Buat Ulasan Produk
Cara mudah untuk anda membuat konten adalah dengan membuat ulasan produk yang telah anda gunakan, dan anda suka.
Followers anda terpengaruh untuk mengklik affiliate link anda dan membel produk yang anda rekomendasikan.
Kongsi pengalaman menarik anda menggunakan produk-produk tersebut dengan pilihan muzik latar atau rakaman suara anda sendiri.
Mari kita lihat bagaimana JiaOhJia membuat video dengan menggunakan Obsess Cosmetics untuk mencipta penampilan seperti filter makeup.
Dalam videonya, JiaOhJia menyertakan elemen-elemen berikut untuk menjadikan videonya kelihatan menarik:
- Sebelum dan selepas menggunakan penampilan solekan seperti filter
- Membuat makeup tutorial langkah demi langkah dengan menggunakan setiap produk yang ada
- Memasukkan lagu sebagai muzik latar
Anda juga boleh menambahkan rakaman suara anda sendiri untuk membuatkan video anda menjadi lebih interaktif.
Tambahkan Teks Pada Video Anda
Penggunaan teks pada video adalah untuk menjadikan video anda lebih informatif walaupun tanpa rakaman suara. Ini boleh meningkatkan penceritaan yang dapat menarik perhatian pengikut anda.
Anda perlu memastikan bahawa teks anda menarik perhatian pengikut anda untuk mengklik affiliate link anda.
Sebagai contoh, Pakoi Official membuat video berkenaan dengan disinfectant spray.
Sumber: Pakoi OffIcial on TikTok
Beliau menambah teks di dalam videonya untuk:
- Penerangan produk
- Dijual di Shopee
- Perlu membeli cecair pembasmi kuman secara berasingan
- Baucer diskaun percuma
- Bertanya jika pengikut ingin tahu lebih lanjut tentang produk ini
Gunakan Hashtags
Jika anda meletakkan hashtag di dalam konten anda, ia dapat membantuk anda untuk mencapai ramai lagi audiens.
Dengan adanya hashtag, video anda akan muncul di ‘Discover Page’ di mana pengguna TikTok menemukan video menarik berdasarkan hashtag yang sedang trending.
Hashtag adalah sangat berguna untuk anda dapatkan idea untuk membuat konten. Caranya sangat mudah, anda hanya perlu mencari video melalui hashtag yang berkaitan di bahagian ‘Search bar’.
Berikut adalah jenis-jenis hashtag yang sesuai untuk dimasukkan dalam video anda:
- Hashtag yang relevan
- Gabungan hashtag yang popular dan kurang popular
- Branded/challenge hashtag
Cari hashtag yang sesuai untuk konten di internet anda supaya lebih mudah untuk anda mencipta caption anda.
Jana Affiliate Link Anda
Tahu cara membuat video di TikTok? Mulakan sekarang dengan menjana affiliate link anda!
Mari lihat proses untuk mendapatkan affiliate link anda dengan menggunakan Deeplink Generator di laman Involve Asia.
Baca artikel kami untuk belajar dengan lebih lanjut tentang cara-cara untuk menjana affiliate link anda.
Klik butang di bawah untuk mula mempromosikan affiliate link anda di akaun TikTok anda!