Panduan Untuk Menggunakan Dashboard Involve

Panduan Untuk Menggunakan Dashboard Involve

Table of Contents

Selamat Datang ke Involve Asia! Tahniah kerana telah berdaftar sebagai Partner affiliate bersama kami.

Di dalam artikel ini, kami akan membantu anda untuk untuk navigate the Dashboard di Involve untuk memulakan perjalanan anda sebagai Involve Asia affiliate.

Jom mulakan sekarang!

Property merupakan channel atau saluran yang digunakan oleh Partner untuk mempromosikan tawaran daripada Advertisers.

Ia boleh menjadi satu bentuk laman web, blog, forum, Facebook, Instagram, YouTube dan akaun yang lain.

Anda juga boleh menambahkan property anda untuk mempromosikan pautan affiliate di dalam platform yang lain secara serentak, anda tidak perlu risau lagi jika konversi ditolak.

Untuk menambah properti, sila pergi ke ikon profil anda di penjuru kanan sebelah atas bar menu > “Settings” untuk lihat tetapan akaun anda.

dashboard-bm

Klik “Property” atau tekan butang “+ Add Property”.

add new property

Berikut adalah syarat minima yang anda perlu tahu untuk property anda diluluskan daripada kami.

  • Facebook, Twitter & TikTok: Lebih daripada 30 followers dan 3 post dalam 14 hari tarikh aplikasi anda.
  • Instagram: Lebih daripada 100 followers dan 5 post dalam 14 hari tarikh aplikasi
  • YouTube: Lebih daripda 50 pengikut, dan sekurangnya-kurangnya 10 video
  • Forums, Blogs & Website: Lebih daripada 10 konten yang aktif dalam masa 30 hari.

 

Kemudian, isikan maklumat property anda seperti gambar di atas dan klik butang “Submit” untuk mendapatkan kelulusan daripada kami.

Sila ambil maklum bahawa property anda akan disemak dalam 1 – 2 hari bekerja.

Setelah property anda diluluskan, anda boleh mula mempromosikan brands dan kempen yang ada di dalam dashboard kami.

Jika property anda ditolak, anda boleh memohon semula dengan menggunakan property lain yang memenuhi syarat trafik minima.

Anda boleh mempromosikan mana-mana produk yang anda suka kepada followers anda dengan menjana pautan affiliate Involve Asia melalui penggunaan ‘Deeplink Generator’. 

Segala maklumat mengenai Tawaran dan Kempen dapat dijumpai di dalam dashboard anda. Pilih Tawaran anda berdasarkan lokasi (eg. Malaysia atau Indonesia) dan juga Tawaran berdasarkan kategori (eg. Elektronik, Fesyen atau Kesihatan dan Kecantikan).

Anda juga boleh mencari brand kegemaran anda di search bar untuk merujuk segala senarai kempen Advertisers.

Kebanyakan tawaran kami adalah berdasarkan model Kos Jualan (CPS), tetapi kami juga mempunyai komisi lain di dalam platform kami. 

Setiap tawaran menyatakan nilai komisi yang anda akan perolehi dengan kempen dan tempoh yang tersedia. Baca sini untuk ketahui lebih lanjut tentang model komisen.

Terdapat tawaran yang dapat dipromosikan secara langsung, manakala yang lain memerlukan kelulusan daripada Advertisers untuk memelihara identiti brand mereka agar dapat menyelaraskan nilai dan demografi dengan Partners

1 – 3 hari bekerja diperlukan untuk Advertisers mengemaskini aplikasi tawaran anda.

Sila ambil perhatian bahawa sesetengah aplikasi untuk tawaran memerlukan masa yang lebih panjang.

Anda juga dinasihatkan untuk memeriksa terlebih dahulu tempoh kelulusan sebelum memohon tawaran yang sedia ada.

  1. Pergi ke Promotion > Deeplink Generator di bahagian atas menu atau klik sini untuk terus ke Deeplink Generator.
  2. Layari laman web Advertiser dan cari produk yang anda ingin promosikan.
  3. Salin URL produk anda dan pindahkannya ke dalam Deeplink Generator.
  4. Pilih tawaran yang anda ingin gunakan di bahagian menu drop down.
  5. Klik ‘Generate’.
  6. Salin pautan Involve yang telah dijana di sebelah kanan dashboard anda.
  7. Hasilkan konten yang luar biasa bersama pautan affiliate anda dan mula promosikannya.

Lihat video di bawah untuk mengetahui cara-cara menjana pautan affiliate:

Klik ‘View Details’, seterusnya klik ‘View More’ di tawaran kempen dan ia akan membawa anda ke laman Offer Page. Mari ktia tengok Shopee MY sebagai contoh.

Lihat gambar rajah di bawah maklumat yang lebih lanjut:

offer-shopee-example

  • Komisi yand diperolehi adalah berdasarkan jualan yang berjaya atau konversi mengikuti pesanan, produk, pelanggan dan kategori
  • Mengehadkan atau mengubah kandungan akses pengguna internet berdasarkan lokasi geografi mereka
  • Menjejaki konversi tawaran melalui peranti dan software

Promotion Methods merupakan cara atau Kaedah Promosi yang dibenarkan oleh Advertisers untuk Partners mempromosikan tawaran atau Kempen mereka. Tangkapan skrin di bawah menunjukkan kaedah promosi yang dibenarkan dan tidak dibenarkan bagi setiap jualan sebelum anda mempromosikannya.

Jika terdapat Partners yang melanggar kaedah promosi Tawaran yang tidak dibenarkan, Involve Asia berhak menyekat akaun Partner dan/atau membatalkan semua komisen Partner tanpa notis.

Baca lebih lanjut tentang Kaedah Promosi sini.

Setiap konversi yang dihasil tidak boleh diambil terus kerana Advertiser memerlukan masa untuk memastikan konversi anda tidak dibatalkan, dipulangkan atau dibayar balik oleh pembeli.

Setiap Advertiser mempunyai polisi yang lain dan memerlukan jumlah masa yang berbeza untuk memastikan konversi komisen anda dapat diberikan. 

Untuk memberi anda pemahaman yang lebih jelastentang tempoh masa konversi anda dapat keluarkan, anda boleh membaca Syarat Pembayaran & Tempoh Validasi tawaran kami.

Validasi merupakan proses atau tempoh masa yang diambil untuk Advertiser menyemak semua konversi yang ‘Pending’’ oleh Partners. Validasi yang tertunda bermaksud komisen masih belum disahkan oleh Advertiser.

Setelah konversi diluluskan, anda akan nampak notifikasi ‘Pending for Collection’ yang menunjukkan komisi masih belum diambil oleh Advertiser.

Setiap tawaran mempunyai syarat pembayaran & tempoh validasi yang ditetapkan oleh Advertiser.

Contoh Syarat Pembayaran & Tempoh Validasi

Mari kita lihat syarat pembayaran & tempoh validasi Shopee MY di bawah.

    • Konversi tersebut mungkin telah dilakukan pada 2 April. 
    • 135 hari bekerja akan dikira daripada bulan yang berikut.
    • 1 Mei + 135 hari bekerja = Sekitar minggu kedua bulan Oktober.

    Sila dimaklum bahawa Advertisers akan mengambil masa yang agak lama daripada apa yang dinyatakan di syarat pembayaran & tempoh validasi, oleh kerana isu-isu yang dihadapi oleh mereka.

Laporan Prestasi menunjukkan gambaran menyeluruh anggaran pendapatan dan prestasi pada tawaran yang anda promosikan (eg. jumlah klik, konversi dan amaun jualan)

Anda dapat melihat jawapan berikutnya untuk menapis pencarian anda di dalam Laporan Prestasi:

performance report - bm

Klik butang ‘Search’ dan lihat report seperti yang ditunjuk di bawah:

Klik Export CSV untuk memuat turun laporan prestasi yang lengkap ke dalam komputer anda. 

Namun begitu, pendapatan yang anda lihat dalam Laporan Prestasi tersebut bukanlah muktamad kerana Advertiser harus mengesahkan terlebih dahulu jualan yang dirujuk oleh anda.

Laporan Konversi menunjukkan anda butiran secara terperinci tentang konversi yang anda terima daripada tawaran yang anda promosikan (eg. masa konversi berlaku, amaun jualan terperinci dan pendapatan khusus sebuah konversi).

Tetapkan penapis berikut sebelum menekan butang ‘Search’.

Gambar di bawah ialah status konversi yang menunjukkan Jumlah Jualan dan Jumlah Anggaran Pendapatan yang terkumpul bagi setiap status. Baca selanjutnya tentang jenis-jenis status konversi

Skroll ke bawah untuk melihat data konversi seperti tangkapan skrin berikut.

conversion report

Anda boleh memuat turun laporan CSV atau excel sheet dengan menekan butang ‘Export CSV’ di sebelah kanan.

Pergi ke ‘Payment’ > ‘Payout Overview’ untuk melihat jumlah keseluruhan komisen yang diperolehi dan pecahan setiap konversi.

Anda boleh menapis maklumat berikut mengikut tarikh yang diminta, tarikh pembayaran, nombor invois dan status.

Klik butang ‘Request Withdrawal’ untuk memindahkan duit anda ke bank akaun menerusi Wire Transfer atau PayPal.

Had minima yang layak untuk anda membuat pengeluaran adalah sebanyak RM80 di bawah status Approved for Collection .

Pembayaran anda akan diproses selama 10 hari bekerja dari masa anda memohon pengeluaran duit.

Selepas anda memohon pengeluaran duit, status anda akan ditandakan sebagai ‘Processing’, dan Bahagian Kewangan kami akan mengambil tindakan selanjutnya. 

Anda akan mendapat invois sebagi bukti bahawa pembayaran anda telah diproses, dan status akan dipaparkan sebagai ‘Paid’ sebaik sahaja pembayaran anda telah dihantar ke akaun bank anda.

Ketahui lebih lanjut bagaimana anda boleh mengeluarkan duit sebanyak mungkin melalui Wire Transfer dan PayPal.

Berikut adalah maklumat-maklumat penting yang perlu diambil maklum semasa menggunakan Dashboard Involve Asia untuk mula mempromosikan Offers:

  1. Pilih Offers yang sesuai dengan kemahiran anda.
  2. Jana affiliate link anda dengan menggunakan Deeplink Generator dan kongsikannya ke dalam konten anda. 
  3. Lihat maklumat terperinci berkenaan Offers sebelum mempromosikannya
  4. Pantau prestasi dan anggaran pendapatan anda secara menyeluruh di dalam Performance Report dan Conversion Report.
  5. Uruskan pengeluaran pendapatan anda di bahagian Payout Overview.

Kami harap panduan ini dapat membantu anda untuk menjana pendapatan Affiliate Marketing bersama Involve Asia. 

Ingin tahu lebih lanjut cara menggunakan Offers dalam konten anda?

Lihat Panduan untuk Partner di sini.

Share this article

More Articles BM