5 Pekerjaan Dari Rumah yang Mengambil Pekerja Walaupun Lockdown

Table of Contents

Pandemik telah memberi peluang kepada kita untuk bekerja secara atas talian di rumah dengan selesa. Bekerja di rumah bukan sahaja dapat membantu kehidupan kita dari segi kewangan, ia mampu meningkatkan kemahiran digital, teknikal dan komunikasi.

Dalam artikel ini, saya akan menunjukkan cara yang sebenar apa jenis pekerjaan yang sedang di cari oleh syarikat walaupun dalam keadaan pandemik dan lockdown.

Eksekutif Pemasaran

Tugas utama anda sebagai eksekutif pemasaran adalah untuk memaksimumkan keuntungan dengan menerapkan strategi jualan yang menepati keperluan pelanggan dengan mempromosikan produk, servis dan juga idea.

Tulis ‘Eksekutif Pemasaran’ di carian kerja LinkedIn dan anda akan menjumpai pekerjaan yang sesuai daripada syarikat yang ternama di Malaysia.

 width=

Antara tugas yang akan anda lakukan adalah:

  • Menguruskan kempen pemasaran bersama jabatan lain termasuk jabatan kewangan, content dan jualan.
  • Menyediakan slide presentations untuk pelaburan dan lain lain di mana ia adalah satu keperluan
  • Membantu pasukan content untuk aset pemasaran dan komunikasi seperti landing pages, sosial media dan EDM.
  • Menyediakan laporan pelaksanaan secara bulanan
  • Membantu kerja-kerja lain yang ditugaskan oleh syarikat

Anda boleh bekerja dari jauh tanpa perlu hadir ke pejabat secara fizikal.Apa yang hanya anda perlukan adalah mempunyai komputer riba, komputer dan capaian internet yang pantas untuk membalas segala e-mel dan mesyuarat secara maya dengan klien dan pekerja lain.

Menjadi Affiliate Marketer

Pemasaran Affiliate telah lama berada dalam pasaran dan ramai telah berjaya bekerja dari rumah dengan mempromosikan barangan atau servis secara atas talian dan menerima commission daripada jualan. 

Baca artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pemasaran affiliate.

Ramai sosial media influencer, YouTuber dan pemilik laman sesawang menerima affiliate commission sebagai pendapatan sampingan mereka untuk mereka terus membuat content yang menarik untuk pengikut sosial media mereka. 

Ingin mengubah content anda kepada wang melalui pemasaran affiliate? Di Involve, kami mempunyai 500 program affiliate termasuk Shopee dan Lazada untuk anda sertai dan mempromosikan barang kegemaran anda pada content anda. 

Kami membantu anda dengan menyarankan produk dan kempen yang betul untuk anda promosikan yang mempunyai peluang yang tinggi untuk di jual dan anda menerima commission.

Kebarangkalian untuk menerima wang daripada pemasaran affiliate boleh dilakukan di rumah menggunakan komputer riba dan telefon bimbit anda.

Penulis Content

Mempunyai bakat dalam penulisan yang bijak, menarik perhatian dan memberi inspirasi? Kenapa tidak mengejar bakat anda itu dengan menerima wang secara atas talian dengan menulis content untuk pelbagai platform termasuk sosial media, banner dan laman sesawang. 

Gaji anda mungkin berbeza bergantung kepada samada anda ingin bekerja secara sepenuh masa, separuh masa atau secara bebas.

Sebagai penulis content, selain menyediakan content dan menulis, anda juga perlu:

  • Memahami penerangan klien
  • Menyediakan strategi komunikasi dan idea untuk content yang kreatif
  • Mempersembahkan idea kepada pasukan yang akan diterapkan dalam kerja
  • Faham produk, sasaran pelanggan dan aktiviti pesaing dalam pasaran.

Ini beberapa lama sesawang yang anda boleh mencari syarikat yang mencari penulis content:

Programmer (Pengaturcara)

Seorang programmer menulis kod untuk membantu aplikasi software berfungsi dengan baik. Anda mempunyai peluang untuk mula membina aplikasi dan produk yang mesra pengguna. 

Anda perlu mempunyai pengetahuan asas dalam HTML, CSS (sass), JavaScript, jQuery dan SQL. Anda perlu mempunyai kemampuan dalam menulis kod moden dalam kerangka yang baru. 

Selain menulis kod, anda perlu membiasakan dengan menguji browser dan debugging sebelum dan semasa aplikasi software dilancarkan.

Kami membuka peluang pekerjaan untuk back-end developers dan front-end developers di Involve dimana anda akan bekerja dengan pasukan cross-functional dalam membina aplikasi sesawang untuk affiliate marketer dan advertiser.

Wakil Khidmat Pelanggan

Anda boleh membalas kepada pertanyaan pelanggan melalui e-mel, perbualan secara langsung, membalas komen dan mesej di sosial media dan membuat panggilan telepon dari rumah.

Wakil khidmat pelanggan perlu hadir dalam membantu menyelesaikan masalah pelanggan mengenai produk dan servis. 

Anda juga perlu mengawal rekod pengkalan data dan draf status laporan isu-isu pelanggan.

Menyediakan pengalaman yang terbaik kepada pelanggan akan menjaga hubungan di antara pelanggan dan brand.

Berminat ingin menjana wang secara atas talian melalui pemasaran affiliate? Tekan pautan di bawah dan daftar sebagai Publisher di Involve.

Share this article

More Articles BM