TikTok Shop membolehkan brand untuk mempamerkan dan menjual produk mereka secara terus di TikTok, berserta pengalaman membeli-belah secara online tanpa sebarang kelewatan.
Sebagai salah satu pasaran terkenal di Asia Tenggara, TikTok Shop merapatkan TikTok creator untuk berhubung dengan pelanggan melalui kandungan yang menarik dan berbaloi untuk dibeli.
TikTok Shop mengalu-alukan pengguna untuk merasai keterujaan untuk mencari dan membeli produk baharu, daripada fesyen & kecantikan, barangan elektronik dan hiasan rumah, semua di dalam aplikasi TikTok.
Apa itu TikTok Shop Affiliate Program?
TikTok Shop affiliate di seluruh Asia Tenggara kini boleh mempromosikan TikTok Shop berdasarkan kos setiap jualan, serta mendapatkan komisen 1.4% kadar rata tanpa dihadkan pada semua produk untuk setiap jualan yang berjaya dirujuk melalui rangkaian affiliate Involve Asia. Jumlah jualan untuk setiap pembelian tidak termasuk diskaun, yuran penghantaran dan cukai.
Anda boleh mempromosikan link affiliate anda melalui TikTok Shop Flash Sale, di mana anda akan menemui pelbagai jenis produk pada harga yang berpatutan dengan diskaun untuk masa terhad. Jualan ini sedikit sebanyak akan memberikan anda lebih banyak komisen.
Bagaimanakah cara untuk mempromosikan TikTok Shop?
Involve Partner boleh mempromosikan mana-mana produk daripada pelbagai kategori di halaman Flash Sale di akaun media sosial sendiri, di luar aplikasi TikTok.
Semu jenis Partner (Content Creators, Influencers, Coupons, Ad Networks, Cashback, & Comparison Websites) dialu-alukan untuk mempromosikan produk daripada TikTok Shop.
Anda hanya boleh mempromosikan TikTok Shop kepada rakan-rakan anda di Malaysia, Filipina, Vietnam, Thailand dan Indonesia.
Anda hanya akan mendapat komisen apabila followers anda klik pautan affiliate dan membuat pembelian dalam cookies period selama 24 jam.
Sila ambil maklum bahawa senarai di bawah boleh menyebabkan anda tidak layak untuk mendapatkan komisen:
- Konversi yang pelbagai bagi setiap klik
- Kod kupon tersedia untuk orang ramai
- Kod kupon disediakan secara eksklusif oleh Involve Partners
Product deeplinks tidak tersedia sehingga diberitahu kelak. Involve Partners tidak dibenarkan melakukan brand bidding untuk kandungan promosi.
Bagaimanakah cara untuk menjadi TikTok Shop affiliate?
Step 1: Buat Akaun Affiliate di Involve Asia
Ianya adalah percuma, jadi anda boleh bermula dengan:
- Pergi ke halaman ‘Create Account’ Involve Asia
- Anda perlu mengisi butiran peribadi anda
- Selepas mengisi segala butiran yang diperlukan, anda perlu menunggu selama dua hingga empat hari perniagaan untuk mendapatkan kelulusan Involve Asia.
Itu sahaja! Anda hanya perlu duduk, rehat, dan tunggu e-mel mereka. Semudah 1-2-3!
Berikut ialah maklumat lanjut tentang cara mendaftar sebagai Involve Partner.
Step 2: Hantar Permohonan anda untuk TikTok Shop Affiliate Program
TikTok Shop ingin memastikan bahawa hanya affiliate yang terbaik sahaja mempromosikan jenama mereka. Oleh itu, anda perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum anda layak untuk menjadi Partner affiilate mereka.
1. Pergi ke Dashboard anda, dan skrol Discovery. Kemudian, cari & klik Advertiser Directory.
Pada halaman ini, anda akan melihat dua bar carian. Satu adalah untuk mencari Advertiser, dan satu lagi adalah untuk Offer Region.
Dalam masa yang sama, carian ini akan diproses secara automatik bergantung pada negara mana anda berada semasa anda berdaftar dengan Involve Asia. Untuk meluaskan carian, anda perlu buang senarai negara di ruangan itu.
2. Selepas menaip “TikTok Shop” pada bar carian pertama, Offer Page akan muncul di dalam carian.
3. Selepas memilih negara yang anda suka untuk mempromosikan TikTok, anda kini boleh menekan Apply untuk meminta mereka untuk kelulusan.
Akan ada Request Approval pop-up muncul selepas menekan Apply. Di sini anda akan dikehendaki menjawab beberapa soal selidik (berkaitan dengan syarat-syarat untuk menjadi TikTok Shop affiliiate) untuk dijawab.
Anda perlu mengesahkan dari mana trafik anda datang, URL anda, mod promosi, dsb. Apabila anda selesai dengan soalan, klik Save.
Selepas berjaya menghantar permohonan anda, anda akan melihat di bawah borang “*Application submitted successfully.”
Yeay, anda kini boleh mula membuat promosi apabila permohonan anda telah diluluskan!
Begini cara membuat pautan affiliate TikTok Shop anda untuk mempromosikan produk terlaris popular.
Cara generate pautan affiliate TikTok Shop
Pergi ke Halaman Tawaran “TikTok Shop” dan klik butang “Promote”.
Pilih Property yang anda ingin gunakan untuk mempromosikan produk TkTok.
Salin affiliate link yang telah anda generate untuk TikTok Shop dan kongsikan di dalam kandungan promosi anda.
Kini, anda boleh berkongsi pautan affiliate anda pada kandungan promosi anda.
Bersedia untuk memulakan perjalanan anda dalam mempromosikan dan menjana pendapatan daripada TikTok Shop?
Daftar sebagai Partner di Involve Asia untuk TikTok Shop affiliate program di bawah.