Tingkatkan Penyampaian anda Bersama Reels Instagram (Kursus)

Table of Contents

Video pendek secara vertikal merupakan satu trend sekarang. Ia sangat popular hingga Instagram sendiri mempromosikan konten Reels secara kerap di Feeds. Sebagai pencipta konten, anda akan rugi jika anda terlepas trend ni. 

Walaupun anda tidak dapat meletakkan pautan di Reels anda, Reels Instagram tetap membantu untuk mencari pengikut yang baru. Jika reels anda menarik pengguna, mereka akan klik di profil anda dan berkemungkinan juga klik di Pautan Affiliate Involve anda.

Artikel ini akan menerangkan bagaimana kaedah menggunakan reels dan beberapa contoh yang telah diuji agar anda dapat mulakan mencipta konten dengan segera.

Reels, Stories dan Video. Bukan semua tu sama ke? Mari kita mulakan dengan membincangkan tentang perbezaan antara kesemua aset Instagram: 

Perbezaan antara Post Instagram, Stories, Reels dan Video

Aset IGTujuan Format (w x h)Boleh share link?
PostPerkara utama anda ingin paprkan di profil IG anda.1080 x 1080 pxTidak
StoriesBehind-The-Scene1080 x 1920 pxSesetengah akaun boleh
IG ReelsVideo pendek tentang perkara yang anda lakukan untuk mendapatkan tumpuan1080 x 1920 pxTidak
VideosVideo yang lebih mendalam: i.e: a review1080 x 608 px (landskap)1080 x 1350 px (potret)Ya

Ia bukan sahaja akan mencapai pengikut anda di halaman feed, tetapi reels anda juga akan muncul di bahagian Explore di mana penonton baharu akan menemui konten anda. Reels ini akan muncul berdasarkan lagu dan hashtags yang terpilih. 

Reels anda akan muncul di bahagian Explore di mana penonton atau pengguna baharu akan menemui reels tersebut berdasarkan lagu dan hashtags yang terpilih manakala Followers anda akan menemui konten anda di feed mereka.

Berbanding Stories, Reels tidak akan hilang dalam masa 24 Jam. Oleh itu, pengikut anda dapat menonton dan kongsikan reels anda pada jangka masa yang lama.

Sekarang anda tahu perbezaan antara jenis-jenis konten IG. Berikut merupakan contoh-contoh konten untuk anda membuat reels.

5 Idea Reels Instagram Anda Boleh Perolehi Daripada Pakar

Anda telah pun ketahui asas-asas Instagram, mari kita selami jenis Instagram Reels apa yang anda boleh cipta supaya pengikut anda yakin untuk mengklik di pautan affiliate dan membuat pembelian berdasarkan produk rekomendasi anda. 

Review produk baharu dan produk yang popular

(Sumber: Malaysia Pickie Instagram Reel)

Promosikan produk anda dengan caption yang menarik. Ceritakan faedah-faedah menggunakan produk tersebut dan bagaimana penggunaannya. 

Lebih bagus lagi apabila anda menambahkan perasaan anda apabila menggunakan produk tersebut.

Menjawab Komen Secara Kerap di Reels Instagram Anda

(Sumber: Alicia Tan Instagram Reel)

Baca soalan yang dipaparkan oleh followers anda dengan teliti dan memuat naik jawapan di laman Instagram anda.  Anda juga boleh membuat sedikit kajian melalui Google untuk mengenal pasti apa yang followers anda cari. 

Sebagai alternatif, anda boleh memuat naik sebuah post menjemput pengikut anda untuk mengkongsikan masalah mereka berdasarkan pelbagai topik yang mereka ingin tahu.

Sebagai contohnya, pengikut anda mencari resepi untuk membuat mi segera yang unik dan sedap. Kongsikan beberapa resepi khas anda yang sedap dan Instagram-worthy!

Jika anda ialah seorang influencer fesyen, tunjukkan diri anda memakai pelbagai baju OOTD mengikut tema seperti bagaimana untuk menggayakan diri anda dengan jaket denim dalam pelbagai pakaian.

(Sumber: V V N Instagram Reel)

Perkongsian behind-the-scenes menunjukkan bahawa anda ialah seorang manusia dan nyata. Tayangkan kehidupan harian anda sebagai pencipta konten, seperti apa yang anda perlu buat ketika menyediakan video anda, atau bagaimana anda menulis konten anda. 

Selain daripada itu, anda juga boleh mengongsikan konten peribadi anda yang tidak berkenaan dengan kerja seperti meluangkan masa bersama keluarga dan kawan anda atau pergi bercuti. Jangan berlebih dengan video peribadi anda dan pastikan ianya pada 10% maksimum daripada keseluruhan kkonten anda.

Promosikan tawaran eksklusif

(Sumber: ProductNation MY Instagram Reel)

Jadi orang pertama mempromosikan tawaran eksklusif bagi brand kegemaran anda dengan mencari jenama-jenama esklusif pada Dashboard Publisher.

Anda akan menemui pelbagai kempen yang mempunyai tawaran eksklusif di Publisher Dashboard yang menggunakan informasi (seperti kod promo dan visual banner) yang disediakan oleh Advertisers untuk dikongsikan kepada followers anda.

Mempromosikan tawaran eksklusif dapat membina kepercayaan dengan followers anda bersama brand bagi menggambarkan autoriti terhadap kemahiran anda. Lihat brand directory kami sini!

Ikuti trend semasa

Pro tip: Pemilihan lagu yang trending sebagai latar belakang dan penggunaan hashtag yang popular boleh meningkatkan klik dan view video yang anda siarkan.

Pantau konten apa yang paling trending di dalam ‘Discover Tab’. Gunakanlah lagu dan idea trending tersebut jika anda merasakan konten tersebut relevan dengan followers anda.

Mari kita tengok salah satu Reel Publisher kami:

Contoh – Influencer Kecantikan

(Sumber: Syamira Zahar Instagram Reels)

Syamira Zahar menunjukkan pelbagai jenis warna daripada L’Oreal Paris Chiffon Signature Velvet Soft-Matte Liquid Lipstick dalam 15-saat video vertikal.

Beliau menambahkan beberapa elemen bagi memeriahkan video ini:

  • Cebisan video beliau mencuba pelbagai warna lipstik
  • Kapsyen untuk menunjukkan warna yang mana yang beliau gunakan 
  • Muzik latar belakang yang sesuai dengan keseluruhan video 
  • Promosi yang terperinci, termasuk mekanik
  • Hashtag trend terkini
  • CTA dengan menyatakan bahawa pautan pembelian barada di bio beliau

Rangka Instagram Reels Anda

Apa-apa jenis konten blog dan media sosial memerlukan sebuah rangka agar dapat membantu anda membuat konten yang menarik dan bermanfaat. 

Apabila mempromosikan brand kegemaran anda di instagram, Reels anda perlulah mempunyai:

  1. Gambar dan video original anda menggunakan produk dan servis tersebut
  2. Penulisan yang pendek dan menarik tentang tawaran yang anda sedang promosikan
  3. Diskaun, kod kupon dan maklumat promo
  4. Call to action dan pautan Involve

Mengoptimumkan Instagram Reels Anda

(Sumber: Balkoni Hijau Instagram Reels)

Bagi meningkatkan jangkauan target Reels anda, anda perlulah mengoptimumkan konten agar video anda sesuai dengan mobil dan memastikan Reels anda dalam bentuk vertikal dengan ratio 9:16.

Tulis deskripsi atau ringkasan tentang reels anda. 

Tetapkan salah satu cebisan video atau gambar sebagai gambar utama Reel anda dan meletakkan sebuah teks bagi menarik perhatian audiens anda.

Jangan lupa letakkan Call-to-action bagi mengajak audiens anda untuk:

  • Ketahui lebih lanjut tentang produk
  • Membeli produk tersebut
  • Komen, like, kongsi dan simpan Reels anda

Menghasilkan Reels di IG

Berikut adalah langkah-langkah menghasilkan Reels di Instagram:

  1. Tekan ‘+’ di tengan bawah skrin anda

2. Pilih muzik latar belakang anda dengan menekan di ‘Audio’

3. Tambah 1 atau lebih video untuk mereka Reel anda

4. Swipe ke atas untuk edit dan melihat video anda

5. Edit kepanjangan setiap video anda sehingga ia sesuai menjadi video 15 ke 30 saat sebelum menekan ‘Next’

6. Selepas menambah caption dan gambar utama, tekan ‘share’ untuk memuat naik Reel di Instagram

Menggunakan konten sedia ada di pelbagai paltform media sosial

Adakah anda mempunyai konten yang anda kongsikan di laman blog atau channel YouTube? Menggunakan semula konten itu sebagai Reel Instagram dapat membantu meningkatkan pendedahan akaun anda.

Ringkaskan blog atau video YouTube anda ke 30-saat video vertikal dengan perkara yang penting sahaja tanpa membazirkan masa anda. Jika konten anda bagus, maka pengguna akan lebih berminat mengenai anda dan melayari profil anda di mana anda meletakkan pautan Involve anda.

Baca artikel kami di mana anda akan menjumpai ringkasan membuat konten untuk mengguna balik konten anda untuk trafik yang maksimum.

Anda telah pun menguasai Reels Instagram, log masuk ke dashbaord anda untuk mula menjana pautan affiliate anda!

Partner Dashboard
Share this article

More Articles BM