5 Cara Membuat Duit Online Yang Realistik Pada Tahun 2021

Mencari pekerjaan sampingan di online untuk membayar bil?

Look no further! Kami telah senaraikan 5 cara realistik untuk membuat duit secara online dimana anda akan mendapat di antara RM1,000 sehingga RM10,000 sebulan. 

Untuk memulakannya anda hanya perlukan telefon pintar, komputer riba dan capaian internet yang bagus. Apa yang anda ada, itu lah peluang anda.

Mari mulakan:

Buat Duit dengan Menjawab Survey

Mudah sahaja! Apa yang anda perlu lakukan hanyalah menjawab survey berbayar di internet. Anda akan mendapat wang secara online dari penyertaan anda.

Kebanyakan syarikat mencari orang macam anda untuk memberi pendapat bagi mereka menambah baik produk dan servis dan juga mengenal pasti bagaimana untuk pasarkan kepada penonton.

Ini beberapa lama web yang anda boleh sertai dan menjawab survey:

Semakin aktif anda berkongsi pandangan, semakin banyak wang yang akan anda dapat.

Buat Duit dengan Menjual Gambar dan Video

Hasilkan wang melalui kemahiran mengambil gambar dan video dengan menjual hasil kerja kreatif anda kepada pelbagai media seperti penerbitan cetak dan laman sesawang. 

Anda akan menerima wang sebagai pendapatan pasif online apabila orang membayar untuk menggunakan hasil kerja anda.

Memuat naik dan jual gambar dan video anda kepada laman sesawang pihak ketiga ini dengan cepat, mudah dan berbaloi:

Fikirkan gambar dan video seperti apa yang digunakan oleh orang ramai untuk kegunaan projek mereka. Gambar dan video yang rawak, terutama sekali yang mempunyai orang sebagai objek adalah carian yang paling popular di laman sesawang tersebut.

Akhirnya, orang akan melihat karya hebat anda dan anda akan di hubungi oleh syarikat-syarikat luar untuk mengambil bahagian dalam projek kreatif mereka. 

Buat Duit dengan Menghantar Makanan dan Barang-Barang

Permintaan untuk penghantar barang semakin menaik kerana pelanggan kerap membuat pesanan barang secara online disebabkan jadual yang padat dan ingin meminumkan masa mereka melakukan sesuatu perkara. 

Rebut peluang ini untuk mendapatkan wang secara online dengan membuat penghantaran barang di kawasan anda. 

Untuk menjadi penghantar barang tidak memerlukan kemahiran akademik. Anda hanya perlukan kereta atau motorsikal yang baik, pengurusan masa yang baik dan kemahiran memandu yang baik

Ini beberapa syarikat yang anda boleh mengisi jawatan sebagai penghantar barang.

Membuat Duit dengan Review Produk kepada Pengikut Anda

Affiliate marketing adalah cara terbaik untuk anda review tentang produk kegemaran anda dan promosikan barangan tersebut kepada pengikut anda. Anda akan menerima komisen apabila pengikut anda membeli produk yang anda sarankan melalui pautan affiliate anda.

Promosikan ‘Cost per Unique Click’ (CPUC) adalah cara termudah untuk menerima wang online kerana anda akan membawa traffic terus ke laman sesawang jenama tersebut, anda akan menerima wang apabila pengikut anda hanya “klik” pada pautan affiliate anda. 

Mulakan dengan mendaftar sebagai Affiliate Marketer (Publisher) di Involve Asia dimana anda akan menjumpai tentang 500 program affiliate untuk anda promosikan barangan kegemaran anda. 

Lakukan review mengenai barang kegemaran anda di Shopee dan Lazada kerana kebanyakan orang membeli di dua laman sesawang tersebut. 

7 perkara yang perlu diingatkan semasa melakukan review produk:

  • Tahu apa yang pengikut anda mahukan
  • Mengenali produk tersebut dengan mendalam
  • Review secara adil dan secara objektif
  • Kongsi pengalaman anda dengan produk tersebut
  • Kemukakan kelebihan dan kekurangan produk tersebut
  • Nyatakan informasi teknikal
  • Beri cadangan cara untuk menggunakan produk tersebut

Langkah seterusnya adalah anda perlu mempunyai personal branding page seperti blog, Facebook, YouTube, Instagram dan TikTok dimana pengikut anda boleh melihat review anda mengenai produk tersebut.

Ini beberapa contoh Publishers mencipta konten untuk pengikut mereka:

Contoh 1: Laman Web Tech

J menulis review mengenai ASUS Zenbook 13 OLED UX325 untuk AXO, sebuah laman sesawang yang mengeluarkan berita-berita dan review mengenai teknologi gajet. 

Dia menekankan ciri-ciri komputer riba ASUS yang pembaca sedang cari – reka bentuk, skrin OLED, jangka hayat bateri dan prestasi komputer riba – dan pendapat dia samada pembaca harus membeli komputer riba tersebut atau tidak.

Dia juga memasukkan pautan affiliate di penghujung artikel dimana pengikutnya boleh klik dan membeli komputer riba ASUS yang terkini di Shopee dan Lazada.

Contoh 2: Produk Kecantikan di TikTok

(Source: carittaa)

Influencer kecantikan di TikTok, carittaa memuat naik video pendek tentang produk HOLIKA HOLIKA Honey Royalactin 

Dia tidak hanya menerangkan bahan-bahan produk, dia juga menunjukkan tekstur dan cara penggunaan produk yang mana baik untuk kulit yang kering dan dehidrasi. 

Dia juga meminta pengikutnya untuk klik pada pautan di profilnya dimana mereka akan menjumpai pautan untuk membeli produk yang dicadangkan. 

Contoh 3: YouTube Kewangan

Berbicara mengenai Involve Asia Referral Program (Source: Weng Honn)

Guru pemasaran online, Weng Honn mempromosikan Involve Asia Referral Program kepada pengikutnya dan menggalakkan mereka untuk turut sertai sebagai Publishers di Involve.

Dia menerangkan mengenai apa itu Involve dan bagaimana Involve dapat membantu pengikutnya untuk menjana wang online dengan pemasaran affiliate. 

Dia memberi tahu pengikutnya yang pautan untuk mendaftar sebagai Publisher di deskripsi. 

Baca cerita kejayaannya di mana dia membincangkan mengenai bagaimana dia menerima wang dengan memberi tips dan muslihat untuk membuat duit secara online di sini.

Membuat Duit dengan Melakukan Online Gigs

Menjadi boss kepada diri sendir, kejar cita-cita anda dan gunakan bakat anda dengan melakukan kerja secara bebas, mulai dari projek jangka masa pendek kepada projek jangka masa panjang yang membolehkan anda menerima wang secara online.

Anda boleh mengawal projek yang anda ingin lakukan dan boleh memilih pelanggan yang anda ingin kerja bersama. Anda juga bebas bekerja di mana sahaja pada bila-bila masa yang anda selesa. Wang yang anda terima berdasarkan tahap skil, pengalaman dan kualiti kerja anda. 

Terdapat banyak syarikat yang mengupah pekerja bebas, berdasarkan kepakaran skil yang ideal untuk projek tersebut. Content marketing & penulisan, pereka grafik dan penyuntingan video adalah salah satu bidang di mana pekerja bebas menjana wang online. 

Ini beberapa laman sesawang yang anda boleh mencari online gigs:

 

Konklusi

Anda sudah mendapatkannya. Ini adalah 5 cara yang realistik untuk mendapatkan wang online dengan selesa hanya di rumah. Cari dan memperbaiki kemahiran anda untuk anda boleh mengambil banyak projek dan mendapatkan wang secara online. 

Sekiranya anda berminat untuk review produk dan berminat untuk melakukan pemasaran affiliate, klik pada butang di bawah dan daftar sebagai Publisher di Involve.