Garis Panduan bagi Laporan Konsumer Insights

Table of Contents

Selamat Sejahtera daripada Involve Asia! Di dalam artikel ini, kami akan membimbing anda untuk menerokai ciri-ciri platform kami.

Panduan ini akan membincangkan dengan lebih mendalam lagi tentang cara-cara untuk untuk melihat ‘Consumer Insight Report’ di dalam Dashboard Involve anda.

Lihat ciri-ciri yang penting dalam laporan pemahaman konsumer tersebut agar anda dapat menavigasi laporan anda dengan lancar sebaik mungkin. 

Consumer Insight melibatkan pemahaman tentang tindakan konsumer, citarasa, dan motivasi mereka melalui analisis data yang tertera di Dashboard kami.

Pengetahuan ini akan membantu dalam perjalanan affiliate anda apabilla anda ingin membuat keputusan untuk memuaskan citarasa penonton dan membina strategi yang sesuai sewajarnya. 

Berikut merupakan Kebaikan Menggunakan Consumer Insights untuk meningkatkan komisi affiliate anda.

 

Menyediakan pengalaman yang lebih baik untuk audiens anda

Gambar daripada Melanie Deziel on Unsplash

Consumer Insights ini dapat membantu anda dalam menambah baik kualiti konten dan pengalaman audiens anda berdasarkan tawaran yang anda promosikan.

Memahami perilaku dan citarasa konsumer dapat membantu anda menumpukan perhatian terutamanya kepada kemahiran anda apabila mempromosikan produk atau servis.

Ini boleh membolehkan anda untuk menjana lebih banyak pendapatan melalui interaksi yang relevan, sekali gus menyumbang kepada pengalaman yang menarik dan memuaskan untuk audiens anda.

 

Menambah stail berbeza dan relevan dalam konten anda

Gambar daripada abillion on Unsplash

Consumer Insights ini dapat membantu anda membuat konten yang lebih khusus dan relevan.

Mengetahui citarasa audiens, dan minat mereka membolehkan anda membuat konten daripada perspektif mereka.

Kaedah personalisasi ini memberi konten anda sesuatu yang lebih unik, dan menarik bagi audiens sasaran anda. 

Berbual dengan audiens anda

Gambar daripada  Glenn Carstens-Peters on Unsplash

Salah satu cara terbaik mengumpul maklumat untuk mendapat Consumer Insights anda adalah dengan memulakan perbualan bersama audiens anda.

Contohnya, berkomunikasi secara terus melalui chat atau membaca ruang komen dengan audiens anda boleh memberi sedikit idea ke atas citarasa, keperluan dan pandangan audiens anda  terhadap sesuatu produk atau servis.

Dengan itui, anda dapat menghasilkan maklumat yng lebih teliti dan tepat. 

Using Menggunakan Teknologi untuk Mengumpul dan Menganalisis Data

Gambar daripada Campaign Creators on Unsplash

Dengan kumpulan dan analisa data tersebut anda dapat mengetahui lebih lagi tentang pelanggan anda seperti corak penggunaan mereka agar anda dapat membuat keputusan yang strategik berdasarkan analisa-analisa yang dikemukakan.

Dengan report yang kami telah sediakan di Involve Dashboard, anda dapat melihat prestasi keseluruhan, konversi, dan alat-alat yang boleh digunakan untuk mempromosikan konten anda bersama pautan affiliate anda.

Bukan itu sahaja, anda juga akan mendapat maklumat seperti apa yang pelanggan anda sukakan dan apa yang dibeli oleh pelanggan anda melalui Report Consumer Insights kami.

Inilah cara untuk anda mendapatkan semua maklumat tersebut:

Langkah 1: Mengakses laman utama

Log masuk ke akaun Involve Asia anda dan akses laman utama anda untuk semua insights berhubung dengan aktiviti anda.

Langkah 2: Terokai advertisers dan tawaran-tawaran yang tertinggi.

Untuk mengakses maklumat penting berkenaan tawaran-tawaran yang tinggi, pergi ke tab “Reports” di atas dashboard di mana semua data itu akan dapat membantu anda dalam proses membuat keputusan.

Di sini anda boleh melihat prestasi anda mengikut bulan, jenis Publisher dan negara audiens.

Langkah 3: Pendedahan kepada Insights “Category”

Namun begitu, tumpuan tutorial harini ialah fitur yang terletak di bawah – iaitu “Category Insights”.

Langkah 4: Menerokai Kategori Jualan Terbaik

Hayati insights tersebut di mana kategori yang paling menguntungkan sahaja dipaparkan. Klik di salah satu kategori jualan tertinggi untuk membuka sebuah portal ke Performance Metrics.

Langkah 5: Keberkesanan Performance Metrics

Anda bukan sahaja dapat meneliti Advertisers paling berprestasi di dalam kategori tersebut, tetapi anda juga dapat menyelidik Prestasi Julat Harga iaitu kompas yang penting untuk strategi anda.

Tip: Memanfaatkan Insights tersebut

Anda digalakkan untuk mempromosikan produk yang berada di dalam julat harga yang paling tinggi.

Terdapat sebab yang tertentu kenapa produk ini mempunyai prestasi yang luar biasa. Oleh itu, anda mestilah memanfaatkan insight ini untuk kegunaan anda.

Langkah 6: Memilih dan Menavigasi ke Advertiser

Di segmen Top Advertiser, pilih advertiser yang anda ingin mempromosikan. Klik di “View the Site” untuk menjelajahi tawaran-tawaran mereka.

Setelah sampai ke laman web mereka, pergi ke kategori yang anda jumpa awal tadi. Di sini bermulalah perjalanan anda. 

Langkah 7: Memilih Produk dan Memanfaatkan Filters

Layari kategori-kategori yang dipamerkan dan kenalpasti produk yang anda ingin promosi. Bagi mendapat hasil yang optimal, tapis carian anda di Advertiser’s Page Filters.

Penapis ini dapat membantu anda memperkemaskan carian anda berdasarkan maklumat yang anda terokai awal ini. 

Langkah 8: Memuktamadkan Pilihan Produk Anda

Setelah memilih produk yang selaras dengan strategi anda, pergi ke laman web produk tersebut.

Ambil masa yang mencukupi untuk menyemak dan pastikan ianya produk yang sesuai dengan kemaharian anda untuk dipromosikan.

Langkah 9: Mencipta Pautan Anda

Tiba masanya untuk membentukkan produk pilihan anda kepada peluang menjana pendapatan anda. Salin URL halaman produk tersebut.

Kembali ke platform Involve Asia dan fokuskan perhatian anda ke tab “Promotion” yang berada di atas. Di sini anda akan menjumpai segmen “Deeplink Generator” Portal untuk mengubah produk anda kepada pendapatan anda.

Langkah 10: Menghasilkan Pautan Anda

 

Letakkan property yang anda ingin promosikan ke dalam Deeplink Generator.

Sertakan pautan URL yang anda salin sebelum ini ke dalam kotak yang ditetapkan. Pastikan anda telah mendaftarkan kepada advertiser.

Semak terma dan syarat untuk memastikan anda layak mempromosikan produk atau servis tersebut.

Jika anda sudah bersedia, klik “Generate Link.”

Langkah 11: Pautan Promosi Anda

Voila! Pautan Promosi khas untuk anda kini di hujung jari. Salin pautan yang telah dijana – ini adalah kunci ke pemulan kempen promosi anda.

Dengan ini, anda telahpun dilengkapi dengan pengetahuan yang cukup untuk memulakan perjalan anda sebagai affiliate marketer

Ingat, dengan kajian yang teliti tentang ciri produk tersebut akan dapat membimbing anda untuk mempromosikan produk anda dengan berjaya! 

Kami berharap bahawa Laporan Consumer Insights ini akan memberi anda kefahaman yang jelas untuk mengenal pasti kekuatan dan keperluan anda sepanjang perjalan anda dalam mempromosikan produk yang anda pilih dengan penuh keyakinan!

Log masuk ke Involve dashboard anda dan ketahui citarasa audiens anda dalam pembelian barang dan servis secara yang mereka pilih dalam talian melalui Laporan Pemahaman Konsumer.

Klik butang di bawah untuk memulakannya! 

Share this article

More Articles BM